Saturday, February 27, 2010

KURSUS UMRAH -3i TRAVEL & SERVICES

Assalamualaikum w.b.r

Suka cita dimaklumkan kepada semua bahawa THREE I TRAVEL & SERVICES akan mengadakan kursus umrah, maklumat lanjut seperti berikut:

Tarikh: 28 FEBRUARI 2010
Tempat: Pejabat 3i Group, Cheras.
Masa: 9.30 pagi

Semua jemaah umrah yang terlibat diwajibkan hadir, dan sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah pakej-pakej umrah dan program-program akan datang anjuran 3i Travel & Services, dijemput sama untuk memeriahkan majlis pada pagi tersebut.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi = 013-2965723

Terima kasih.

Wednesday, February 24, 2010

Pengenalan 3i Group..3i Travel & Services...

THREE I TRAVEL AND SERVICES (0019050772-U )

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 9 November 2009. Fokus syarikat ini adalah lebih kepada pakej umrah dan ziarah serta pakej percutian dan pelancongan ke seluruh negara.

Syarikat THREE I TRAVEL AND SERVICES telah ditubuhkan atas permintaan masyarakat untuk melawat dan menziarah tempat-tempat menarik dan bersejarah sambil mendedahkan mereka kepada nilai-nilai Islam. Syarikat ini juga menjadi satu platform yang membantu memudahkan pelanggan untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah serta yang seangkatan dengannya. Syarikat ini ditubuhkan berasaskan konsep 3i iaitu Iman, Islam, dan Ihsan. Syarikat THREE I TRAVEL AND SERVICES menjalankan perniagaan seperti mengadakan kursus umrah dan ziarah, menyediakan pakej umrah dan ziarah yang berpatutan serta menguruskan perkara berkaitan pelancongan dalam dan luar negara. Syarikat ini juga ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan usahawan di kalangan masyarakat pelbagai lapisan khususnya untuk para graduan.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh
THREE I TRAVEL AND SERVICES ialah:

Pakej Umrah & Ziarah

Pakej lawatan jejak sufi

Pakej lawatan sambil belajar

Pakej Pecutian keluarga

Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Pn. Wahidah = 019-9476844

Afifah = 013-2965723


*****Sedang dibuka: Pendaftaran UMRAH & ZIARAH

22 MEI - 5 JUN 2010

RM 4290

Pakistan International Air (PIA)

Thursday, February 18, 2010

Pengenalan 3i Group..

Assalamualaikum w.b.r.

Selamat datang ke blog 3i Group. Post kali ini adalah untuk memberi pengenalan kepada para pembaca tentang 3i Group. Ikuti beberapa siri akan datang juga.

Di bawah 3i Group terdapat beberapa syarikat yang bergabung, iaitu:

3i Training & Consultancy

3i Travel & Services

3i Publishing

Husna Hijau Enterprise

Setiap syarikat ini memainkan peranan masing-masing mengikut bidang tugas dan kerja sepertimana yang tertera di dalam sijil pendaftaran syarikat yang telah dikeluarkan oleh SSM.

Suka saya memperkenalkan satu persatu syarikat yang bernaung di bawah 3i Group ini.



3i Training & Consultancy

Telah ditubuhkan pada November 2008 dengan tujuan menawarkan kursus-kursus motivasi, membekalkan tenaga pengajar dan pencerama serta mengadakan pelbagai program yang mendidik serta melahirkan modal insan selari dengan kehendak ISLAM.

Syarikat ini juga bersedia menawarkan pengajian dan kelas-kelas agama. Bertempat di Cheras, Syarikat ini kini giat mengadakan kelas Asmaul Husna pada jumaat malam sabtu selepas maghrib, jadualnya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas ini, boleh menghubungi afifah= 013-2965723.

Selain itu, syarikat ini juga sedang mengemaskini modul untuk program-program jatidiri yang ditawarkan kepada pelbagai peringkat samada, sekolah rendah dan menengah, universiti dan syarikat-syarikat yang berminat.

Ikuti siri berikutnya untuk mengetahui tentang latar belakang syarikat-syarikat lain. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

Wednesday, February 17, 2010

Khusyuk kah solat kita??



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlisseorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'

Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? '

Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengantujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.


***Dipetik dari: iluvislam.com

Kasih Sayang yang hakiki



Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...

Tuesday, February 16, 2010

Bahaya EGO


Setiap perlakuan yang baik hendaklah di niatkan sebagai ibadah. Janagn mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buangkanlah ego kerana ia adalah beban.

Beralih daripada yang buruk kepada kebaikan merupakan satu perjuangan yang panjang dan sukar. Namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

Usah persiakan usiamu dengan dendam kesumat, hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam muka. Sebaliknya penuhkan harimu dengan perkara-perkara bermanfaat. Percayalah, senyum mampu meruntuhkan egomu

Jika anda sedar anda berbuat salah, akuilah ia dan belajarlah daripada kesilapan itu. Usahlan menunding jari ke arah orang lain sebaliknya lihat ke dalam diri sendiri. Gali di mana akarnya….

Tips mengikut sunnah...

Tips pemakanan:

Jangan

Makan susu + daging

Makan daging+ikan

Makan ikan+susu

Makan ayam+susu

Makan ikan+telur

Makan ikan + daun salad

Makan susu+cuka

Makan buah+susu, contoh: koktel

**Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu

**jangan tinggal makan malam(makan pada waktu petang), mengelakkan kolestrol terkumpul dalam badan

**mandi pagi sebelum subuh, ini kerana air sejuk akan meresap dalam badan kita dan mengurangkan lemak yang terkumpul

**waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur selepas doa selama seminit. Ia boleh mengelakkan sakit pening kepala atau migrain