Wednesday, December 22, 2010

Taklimat Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi

Assalamualaikum wbr

InsyaAllah Three I Training & Consultancy akan mengendalikan sebuah sekolah yang akan beroperasi pada tahun hadapan. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi Al-Wahidah (SMTTA) akan mula mengambil pelajar yang akan masuk Tingkatan 1 pada tahun hadapan.

Setelah perbincangan dilakukan, kami bersetuju untuk menukar sedikit nama sekolah tersebut kepada Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. Semoga dipermudahkan Allah segala urusannya.
Apapun, sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sekolah ini atau berminat untuk menghantar anak, adik, kawan atau diri sendiri berminat untuk berada di sekolah ini, boleh lah hadir ke sesi taklimat dan pendaftaran kami seperti maklumat dibawah.

Tarikh: 25 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi- 12 tengahari
Tempat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, Cheras KL

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami...
Hj. Mohamed: 016-2953756
Ustazah Wahidah: 019-9476844
Afifah: 013-2965723

Kepulangan....

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi sedikit sebanyak perkara-perkara terkini yang berlaku dalam 3i Group.

Alhamdulillah, pada 19 Disember lalu iaitu pada hari ahad, jemaah haji 3i telah selamat menapak kembali ke tanah air. Penerbangan terus dari Madinah tiba di KLIA lebih kurang jam 2.40 minit petang. Semuanya kelihatan gembira dan terharu sehingga mengalirkan airmata ketika bersalaman dengan ahli keluarga dan sahabat yang ditinggalkan.

Terdapat 5 orang jemaah dari pantai timur yang telah kami belikan tiket penerbangannya pulang ke tempat masing-masing. Seorang akan pulang ke Kuala Terengganu dan 4 orang ke Kuantan. Setelah menghantar semua jemaah yang sekitar Kuala Lumpur & Selangor pulang, saya perlu menunggu untuk membantu jemaah yang tinggal untuk Check in. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang, bersedia untuk mendengar pelbagai kisah yang bakal dikongsi. Gembira melihat mereka gembira.

Monday, December 6, 2010

Tahun baru 1432h


Doa Akhir tahun di sunatkan dibaca selepas waktu asar dan ketika hampir maghrib

Doa Awal tahun, di baca selepas masuk waktu maghrib.

Berbahagialah kalian kerana Allah mengizinkan untuk hidup dalam nikmatnya sehingga ke tahun 1432h. Alhamdulillah....

Friday, December 3, 2010

Berita SMTTA


Berita terkini untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SMTTA.

InsyaAllah, jika tiada sebarang masalah kita akan mengadakan 1 pertemuan dengan pihak ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka dan para pelajar yang akan mengikuti pembelajaran di SMTTA.

Pertemuan/ taklimat tersebut akan di adakan pada:
Tarikh: 25 Disember 2010
Tempat: Surau Al-Amin
Masa: 9.30 pagi


* Juadah ringan disediakan

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut, boleh la menghubungi nombor yang tertera.

Terima kasih atas kerjasama anda untuk menyebarkan maklumat ini, semoga Allah mempermudahkan dan meredhai segala usaha kita ini.