Saturday, April 23, 2011

Training of Trainer

Alhamdulillah..pada minggu lepas telah diadakan sesi TOT untuk 3i Training and Consultancy di Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. Pada 17 april, bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang. Kehadiran sahabat-sahabat seramai 16 orang menceriakan suasana sesi perbincangan kami. Terdiri daripada para pelajar IPTA & IPTS, mereka yang dah berkerjaya antaranya guru sekolah menengah.

Moderator perbincangan kami ialah Cik Siti Aishah bt Sumap yang merupakan Ketua Fasilitator untuk 3i TC...Dibawah dipaparkan sedikit gambar suasana program TOT ini. Perbincangan ini lebih menjurus kepada Kem Anti Zina (KAZ) yang akan dikendalikan oleh 3i TC secara berkala pada masa akan datang.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai 3i TC sebagai fasilitator sambilan, boleh hubungi nombor yang tertera di sebelah kanan blog ini. Kami mengalu-alukan segala bentuk perkongsian yang anda ingin berikan. Semoga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah InsyaAllah..

SESI TOT KAZ




SESI TOT Bengkel Penerapan Pendidikan 3i


Sesi TOT Bengkel ini ialah untuk mereka ini mencipta dan mereka modul bagi sistem pendidikan 3i yang akan digunakan di sekolah-sekolah yang berminat dengan sistem ini. Pada 24 APRIL ini (ahad), akan di adakan satu bengkel yang memperkenalkan sistem ini dan daripada bengkel itu, 3i akan dapat lihat apakah sebenarnya masalah-masalah di sekolah dan bagaimanakah sistem pendidikan ini dapat diterapkan untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah mereka.


Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi hadir dan memberikan sumbangan idea, masa dan tenaga untuk sama-sama menjayakan misi 3i ini. InsyaAllah kita akan menjadi satu team yang kuat andai semua bekerjasama dan hanya mengharapkan balasan daripada Allah semata-mata.

Siiru ala barokatillah....

Friday, April 8, 2011

PAKEJ UMRAH TERKINI 3i TRAVEL & SERVICES

Umrah Tarbawi MEI 2011

PAKEJ PERTAMA

13 MEI- 25 MEI 2011
RM 4950

PAKEJ KEDUA

29 MEI - 14 JUN 2011
(Cuti Sekolah)
RM 5200


Pakej Termasuk:
1. Penerbangan Pergi & Balik
2. Hotel di Madinah & Mekah
3. Makan Madinah & Mekah
4. Ziarah Madinah & Mekah


PENGISIAN ISTIMEWA:

Penghayatan Asmaul Husna melalui peristiwa yang berlaku di sekeliling kita, melalui rukun ibadah umrah dan ziarah.

Merenungi dan mengingati perjuangan Rasulullah dan para sahabat bagi meresapi kembali roh perjuangan ke dalam jiwa.

Proses latihan membersih hati dari penyakit mazmumah seperti riya', ujub, malas, putus asa dan sebagainya.

Melatih jiwa untuk menghayati sifat-sifat mahmudah seperti penyayang, mudah menolong orang lain dan rajin beribadah.


Berminat...Sila hubungi:

Ustaz Hj. Azhar: 019-330 1197
Ustazah Wahidah: 019-947 6844
Afifah : 013 - 296 5723

Wakil Terengganu
Hj. Abdul Aziz: 014 - 837 6995

Wakil Johor
Hjh Salhana: 016- 771 9179

Wakil Pahang
Dr. Wan: 013- 630 2817

Umrah Tarbawi MAC 2011- Terima Kasih Semua

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, setinggi2 syukur kepada Rabbul 'alamin yang telah menghamparkan kasih sayang dan nikmatnya yang tidak bertepi. Mengharungi perjalanan mencari cinta hakiki selama 2 minggu bersama para jemaah yang mempunyai tujuan yang sama hendaknya memberikan pelbagai pengalaman baru bagi 3i Travel.

Umrah Tarbawi MAC 2011 telah bermula pada 16 Mac dan berakhir pada 30 Mac. Dengan menaiki penerbangan Pakistan International Airlines, seramai 54 orang jemaah telah diterbangkan ke Jeddah dan transit 1 malam di Lahore. Setiap hari para jemaah semakin mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah.

Di Madinah selama 2 hari 2 malam dan di mekah selama 9 malam. Penginapan yang dianugerahkan Allah sungguh lah yang terbaik. Alhamdulillah, di Madinah penginapan yang diberikan ialah Andalus Plaza yang jaraknya tidak sampai 100m dengan Masjid Nabawi manakala di Mekah pula ialah Al-Misfalah Palace yang jaraknya lebihkuran 150m daripada Masjidil Haram. Alhamdulillah.

Para jemaah banyak memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang perjalanan terutamanya ketika urusan di lapangan terbang. Terima kasih buat semua.

Secara keseluruhannya, semua program berjalan lancar walaupun ramai di kalangan jemaah 3i yang kurang sihat ketika di Mekah, namun setiap orang itu mendapat ujian yang berbeza, mengikut kemampuan masing2. Itulah cara Allah mentarbiyah hamba-hamba yang dipilih menjadi tetamu di rumahNya. Semoga setiap pengalaman yang para jemaah perolehi di Haramain sepanjang perjalanan ibadah ini menjadikan pandangan kita terhadap apa yang berlaku seharian berbeza dengan sebelum kita mengerjakan umrah.

Kami pihak 3i Travel amat menghargai segala kerjasama yang kalian berikan. Sama ada jemaah atau bukan, bantuan dan sumbangan tenaga sebelum Umrah Tarbawi berjalan, semasa berjalan dan selepas kembali ke tanah air, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Teguran, nasihat dan pandangan amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami untuk pakej akan datang. Gambar peserta umrah Tarbawi MAC 2011 akan saya upload nanti.