Tuesday, September 27, 2011

Rumah terbuka & Taklimat peserta haji 2011



Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kunianya yang tidak pernah putus kepada kita. Bermula daripada kita bangun tidur sehinggalah kita melelapkan mata untuk berehat pada malamnya.

Alhamdulillah, pada 25 September yang lalu, pada hari ahad, 3i Group telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya sempena pelancaran tabung dana pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i.

Bermula jam 10 pagi sudah ada tetamu yang sampai. Kemeriahannya terasa kerana ramai tetamu yang hadir dan menu utamanya adalah kambing bakar. Terdapat juga menu lain seperti bihun sup, nasi lemak, rendang daging dan lemang, serta lontong.

Tetamu yang hadir sekitar 350 orang sehingga jam 2petang. Selepas itu disambung pula dengan program taklimat haji untuk bakal-bakal haji. Bermula sekitar jam 2.15petang dan berakhir sekitar jam 6petang. Mereka diberikan sedikit ilmu dan gambaran haji oleh Ustaz Haji Azhar Mohamed, dan ditambah dengan sentuhan Asmaul Husna oleh Prof Madya Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd seterusnya urusan teknikal dan penerangan oleh Ustazah Wahidah.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan dan RahmatNya. InsyaAllah.






Di bawah ini disertakan sedikit sebanyak gambar sewaktu program berlangsung.

Sunday, September 18, 2011

Syawal 1432h


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakannya yang tidak pernah putus. Ramadhan sudah berlalu, walaupun sedih, marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar Allah panjangkan umur kita untuk sampai ke Ramadhan pada tahun akan datang, Insha Allah.



Baru-baru ini 3i telah menghantar beberapa orang jemaah umrah utk berada selama sebulan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, mereka tiba dengan selamat dan gembira pada 7 September yang lepas. Pengalaman berharga bagi mereka kerana menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadhan pahalanya bersamaan menunaikan haji. Diberitakan terdapat seramai 7 juta orang pada Ramadhan tahun ini di Masjidil Haram. Subhanallah.



Apapun, semoga Allah menerima amal ibadah kita semua.



Sempena Syawal yang masih berbaki ini, 3i Group bercadang untuk mengadakan rumah terbuka. Maklumat adalah seperti berikut:



Tarikh: 25 September 2011


Hari: Ahad


Masa: 10.00 pagi -2.00 petang



Tempat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, KL.



Kami menjemput semua jemaah umrah dan haji yang pernah menyertai pakej umrah 3i, begitu juga dengan semua peserta pakej pelancongan lain, para pekerja 3i group serta mana-mana yang mengenali 3i Group. Semoga majlis ini mengeratkan lagi hubungan kita.



Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera di sebelah kanan blog ini. Terima kasih.