Monday, March 25, 2013

UMRAH TARBAWI & ZIARAH MESIR


UMRAH TARBAWI & ZIARAH MESIR
22 MAY – 04 JUN (14 HARI)
RM 6800.00



HARI 1
Jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas. Bertolak ke Kaherah (Mesir) perjalanan mengambil masa 7 jam.

HARI 2
Jemaah disambut oleh wakil syarikat menuju penginapan. Rehat-jemaah dibawa melawat Piramid & Sphinx -Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Masjid 4 Mazhab.

HARI 3
Jemaah dibawa mengelilingi Kota Kaherah, Ziarah Makam Imam Shafei dan Masjid Al-Azhar, Universiti Al-Azhar, Membeli-belah di Pasar Attaba(Pusat Jualan Terkenal) yang terletak di tengah-tengah Bandar Kaherah-Solat di Masjid Hussain

HARI 4
Jemaah dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Jeddah. Sampai di Jeddah jemaah disambut oleh wakil syarikat-menaiki bas menuju Madinah. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Jemaah akan dibawa ke Hotel.

HARI 5
Jemaah dibawa ziarah makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Umar Al-Khattab-memasuki Raudhah (Taman-taman syurga) dibawa ziarah perkuburan Baqi’.

HARI 6
Jemaah dibawa ziarah luar-Masjid Quba’, Bukit Uhud, Masjid 2 Kiblat, Ladang Kurma, dan Kilang Percetakan Al-Quran

HARI 7
Jemaah dibawa ke Makkah, berniat Ihram di Bir Ali-perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jemaah dalam keadaan berihram. Sampai di Makkah Check-in Hotel. Jemaah dibawa menyempurnakan rukun umrah iaiatu tawaf di BaituALLAH. Saei di Safa dan Marwah serta bertahlul di Bukit Marwah (Dipimpin oleh Mutawif)

HARI 8
Jemaah bebas mengerjakan ibadah sendiri. Jemaah disarankan perbanyakkan tawaf sunat, baca Al-Quran, Solat Sunat, Berdoa selain mengerjakan umrah.

HARI 9
Jemaah dibawa ziarah luar-Bukit Thur, Bukit Rahmah, Padang Arafah, Muzalifah, Mina. Jemaah boleh berniat ihram diJa’aranah. Jemaah yang berniat umrah boleh terus mengerjakan tawaf & saei dan bertahlul.

HARI 10 – 12
Jemaah bebas mengerjakan ibadah sendiri. Disarankan perbanyak iktikaf didalam Masjid Al-Haram, Tawaf Sunat, Berdoa dan Berzikir.

HARI 13
Jemaah dibawa ziarah Hudaibiyah, Singgah diladang unta dan muzium. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh berniat ihram di Hudaibiyah.

HARI 14
Jemaah diminta melakukan tawaf wada’ (Tawaf Selamat Tinggal) bertolak ke Jeddah, Ziarah Makam Hawa, Laut Merah dan sekitar Bandar Jeddah. Jemaah dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit sebentar di Kaherah (tidak turun dari kapal terbang) dan perjalanan diteruskan ke KLIA.