Wednesday, April 10, 2013

UMRAH TARBAWI MEI 2013

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah Al-Baasith, kerana telah memberi peluang dan ruang kepada serombongan jemaah umrah 3i Group untuk berlepas ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah menuju Allah mencari cintaNya.

2 trip umrah telah selamat sampai di tanah suci Mekah. Pertamanya pada 5 April yang lepas, dan keduanya pada 8 April 2013. Seramai lebih kurang 65 orang telah berlepas dari KLIA. Trip pada 5 April akan singgah menziarahi Amman, Jordan. Manakalah trip 8 April terus mendarat di Madinah. Semoga mereka selamat pergi dan akan selamat kembali ke tanah air InsyaAllah.

Sukacita dimaklumkan, pihak Marhalah Services sekali lagi menawarkan anda pakej UMRAH TARBAWI untuk bulan Mei 2013. Tarikhnya ialah 28 Mei - 11 Jun 2013, Harganya ialah RM 5650. Kali ini penerbangan langsung terus mendarat di JEDDAH, tiada transit.

Maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat 03-40106744. Daftarlah segera sebelum terlambat. Seperti biasa, pakej UMRAH TARBAWI ini memberikan satu peluang untuk anda mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah Al-Khooliq yang telah menciptakan semua makhluq di alam ini. Rasailah perbezaannya dengan pengisian yang penuh penghayatan di Tanah suci kelak. Semoga kita semua diberkati dan diredhai Allah.Amiin...Mohon disebar-sebarkan. Terima kasih.