UMRAH TARBAWI
& ZIARAH MESIR
22 MAY – 04 JUN
(14 HARI)
RM 6800.00
HARI 1
Jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.
Bertolak ke Kaherah (Mesir) perjalanan mengambil masa 7 jam.
HARI 2
Jemaah disambut oleh wakil syarikat menuju penginapan.
Rehat-jemaah dibawa melawat Piramid & Sphinx
-Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Masjid 4 Mazhab.
HARI 3
Jemaah dibawa mengelilingi Kota Kaherah, Ziarah Makam
Imam Shafei dan Masjid Al-Azhar, Universiti Al-Azhar, Membeli-belah di Pasar
Attaba(Pusat Jualan Terkenal) yang terletak di tengah-tengah Bandar
Kaherah-Solat di Masjid Hussain
HARI 4
Jemaah dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke
Jeddah. Sampai di Jeddah jemaah disambut oleh wakil syarikat-menaiki bas menuju
Madinah. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Jemaah akan dibawa ke Hotel.
HARI 5
Jemaah dibawa ziarah makam Rasulullah, Saidina Abu
Bakar dan Umar Al-Khattab-memasuki Raudhah (Taman-taman syurga) dibawa ziarah
perkuburan Baqi’.
HARI 6
Jemaah dibawa ziarah luar-Masjid Quba’, Bukit Uhud,
Masjid 2 Kiblat, Ladang Kurma, dan Kilang Percetakan Al-Quran
HARI 7
Jemaah dibawa ke Makkah, berniat Ihram di Bir
Ali-perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jemaah dalam keadaan
berihram. Sampai di Makkah Check-in Hotel. Jemaah dibawa menyempurnakan rukun
umrah iaiatu tawaf di BaituALLAH. Saei di Safa dan Marwah serta bertahlul di
Bukit Marwah (Dipimpin oleh Mutawif)
HARI 8
Jemaah bebas mengerjakan ibadah sendiri. Jemaah
disarankan perbanyakkan tawaf sunat, baca Al-Quran, Solat Sunat, Berdoa selain
mengerjakan umrah.
HARI 9
Jemaah dibawa ziarah luar-Bukit Thur, Bukit Rahmah,
Padang Arafah, Muzalifah, Mina. Jemaah boleh berniat ihram diJa’aranah. Jemaah
yang berniat umrah boleh terus mengerjakan tawaf & saei dan bertahlul.
HARI 10 – 12
Jemaah bebas mengerjakan ibadah sendiri. Disarankan
perbanyak iktikaf didalam Masjid Al-Haram, Tawaf Sunat, Berdoa dan Berzikir.
HARI 13
Jemaah dibawa ziarah Hudaibiyah, Singgah diladang unta
dan muzium. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh berniat ihram di
Hudaibiyah.
HARI 14
Jemaah diminta melakukan tawaf wada’ (Tawaf Selamat
Tinggal) bertolak ke Jeddah, Ziarah Makam Hawa, Laut Merah dan sekitar Bandar
Jeddah. Jemaah dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala
Lumpur. Transit sebentar di Kaherah (tidak turun dari kapal terbang) dan
perjalanan diteruskan ke KLIA.