Wednesday, March 28, 2012

BERITA UMRAH TARBAWI MAC 2012

Assalamualaikum wbr

Suka ingin kami berkongsi di sini bahawa seramai 43 orang jemaah di bawah pengurusan 3i Marhalah Travel Sdn.Bhd telah selamat sampai di Mekah pada 2hari yang lalu. Kini mereka sedang melakukan ziarah dan ibadah umrah. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.

Mereka akan menziarahi tempat2 bersejarah dan miqat umrah untuk melaksanakan ibadah umrah. Antaranya ialah, tempat lahir Rasulullah, tanah perkuburan ma'la, ladang unta, muzium mekah, hudaibiyah, ja'ranah dan tanaiem.

InsyaAllah, mereka dijangka bergerak keluar dari Mekah pada 3 April 2012 dan sampai kembali ke Kuala Lumpur pada 4 April 2012. Semoga Allah Al-Hafiiz dan Al-Muhaimin akan memelihara serta menjaga seluruh perjalanan ibadah mereka.

No comments:

Post a Comment