Monday, July 5, 2010

Bola vs Judi (6)


5.0 Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam



Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai "pembersihan" kepada gejala ini.



1) Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain. Rasulullah S.a.w bersabda: " Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka." (Hadith riwayat At-Tirmizi). Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.


2) Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut. Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: " Bantulah saudaramu, baik dia zlim mahupun mazlum. Seorang sahabat bertanya: "Apabila mazlum aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?" Rasulullah S.a.w menjelaskan: "Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya." (Hadith Riwayat Bukhari).


3) Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment