Monday, April 23, 2012

KURSUS UMRAH TARBAWI SIRI MEI 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukrulillah.. Segalanya dari Allah dan kepadanyalah tempat dikembalikan. Sukacitanya dimaklumkan Trip Umrah Tarbawi MEI 2012 akan bermula 22Mei hingga 1Jun ini. Alhamdulillah proses persediaan semuanya berjalan dengan lancar. Setakat ini seramai 55 orang telah mendaftar sebagai jemaah umrah.

Untuk makluman semua kursus umrah akan diadakan pada 12 Mei 2012 ini bersamaan hari sabtu. Bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Penerangan tentang ibadah umrah akan diberikan oleh pengurus dan mutawif 3i Marhalah Travel Sdn. Bhd. Bertempat di Surau Al-Amin, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Semua jemaah umrah yang akan menyertai Umrah bulan Mei ini dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini. 

Semoga proses ke arah mencari cinta Ilahi ini sentiasa berjalan lancar dengan IzinNya InsyaALLAH.


No comments:

Post a Comment