Friday, May 25, 2012

UMRAH TARBAWI MEI 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang Allah bagi, 3i Marhalah Travel Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu lagi trip umrah tarbawi yang telah berlepas pada 22 Mei lalu. Rombongan umrah tersebut telah disertai seramai 57 orang peserta dari pelbagai negeri. Mereka telah menaiki penerbangan Royal Jordan pada jam 9.50 minit malam. Transit sehari di Amman kemudian terus mendarat di Madinah pada 24 Mei. 

Mereka akan dijangka kembali pada 1 Jun ini InsyaAllah. Kemeriahan ketika menghantar rombongan ini dirasai apabila kami bersama-sama berbuka puasa di KLIA sebelum mereka check-in. Semoga Allah merahmati perjalanan mereka, serta selamat pergi dan kembali ke tanah air. 

Berita selanjutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment