Thursday, October 18, 2012

UMRAH TARBAWI (ZIARAH BAITULMAQDIS)

Assalamualaikum wbt untuk semua para pelawat...


THREE I MARHALAH TRAVEL SDN BHD kini menawarkan kepada semua UMRAH TARBAWI & Ziarah Baitul Maqdis yang InsyaAllah akan dijalankan pada sekitar awal MAC 2013.Baitul Maqdis yang di dalam kawasannya terdapat masjid yang penuh barakah, masjid yang disebut di dalam Al-Quran dan dikurniakan ganjaran yang besar apabila kita beribadah di dalamnya, itulah Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al-Aqsa adalah salah satu simbol kemuliaan ummat Islam di Palestin dan menjadi satu anjuran yang besar untuk kita menziarahinya. Sehubungan dengan itu THREE I MARHALAH terpanggil untuk sama-sama membawa jemaah umrah untuk mendapatkan satu pengalaman dan semangat dengan menziarahi Baitul Maqdis yang mulia itu. InsyaAllah para jemaah akan berada di Baitul Maqdis selama 3hari 2 malam untuk aktiviti ziarah sekitarnya. InsyaAllah dengan bimbingan mutawif yang berpengalaman kami akan membimbing para jemaah dengan pelbagai aktiviti pengisian rohani berpandukan penghayatan Asmaul Husna yang akan membawa kita lebih dekat mengenal Allah.

Harga pakej yang ditawarkan setakat ini ialah RM 7200 seorang. Harga pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, ziarah di baitul maqdis, mekah dan madinah, penginapan, makan & pengangkutan serta cenderahati daripada pihak syarikat. Penerbangan yang akan dinaiki adalah Royal Jordan dan akan transit di Amman, Jordan. Daripada sana kita akan menaiki bas untuk menziarahi Baitul Maqdis

InsyaAllah segala apa yang para jemaah dapat akan berpatutan. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Apapun, kita hanya bergantung dan berharap kepada Allah, segala yang berlaku ketika permusafiran adalah telah ditentukan Allah dan kami di pihak syarikat akan berusaha memberikan segala yang terbaik untuk para jemaah. 

Sebarang pertanyaan dan komen, boleh menghubungi THREE I MARHALAH SDN BHD. 
Hj.Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844


No comments:

Post a Comment