Assalamualaikum wbt
THREE I MARHALAH TRAVEL SDN BHD sekali lagi menawarkan kepada mereka yang berhajat menunaikan umrah pada awal tahun (Hujung Feb / Awal Mac) 2013 untuk sama-sama mengerjakan umrah tarbawi. Harga pakej yang kami tawarkan adalah RM4 950. Pakej yang ditawarkan termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan, air zam-zam, mutawif, kursus umrah serta cenderahati daripada pihak syarikat.
Kursus Umrah yang akan dianjurkan oleh pihak syarikat akan di laksanakan sekurang-kurangnya dua kali agar para jemaah mendapat sedikit gambaran dan ilmu mengenai ibadah umrah.
Umrah Tarbawi kali ini akan menggunakan penerbangan Pakistan International Airlines (PIA), dan akan transit di Karachi selama sehari. InsyaAllah kita akan berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Karachi di Pakistan. Sepanjang perjalanan di Karachi para jemaah akan diberikan pengisian rohani yang akan mentarbiyah jiwa dan membawa hati kita lebih dekat dan mengenal Allah melalui penghayatan Asmaul Husna.
Antara tempat menarik yang akan dilawati ketika di Karachi ialah Makam Ali Jinnah-Perintis permodenan Pakistan. Masjid Toba atau dikenali dengan Masjid Jin yang dibina tanpa tiang. Kemudian para jemaah akan dibawa melawat pusat menjual barangan kulit.
Jika ada yang berminat atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan, boleh lah menghubungi pihak THREE I MARHALAH TRAVEL, Hj. Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844.
No comments:
Post a Comment