Monday, July 11, 2011

Allah Ya Rahim


Allah Ya Rahim Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dengan sayangNya Dia memelihara hamba pilihanNya untuk tetap berada di dalam redhaNya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat.



Sifat Ar-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia mendidik, membimbing untuk membawa manusia lain kepada Allah Ya Rahim., menegur sekiranya tersilap, memberikan perhatian dan sokongan didalam apa yang diperjuangkan.



Menunjukkan sifat Rahim pada orang yg lalai melalui teguran dan nasihat secara lembut dan bukannya kasar. Org derhaka dipandang dengn penuh kasih dan bukan pandangan hina.

Wednesday, July 6, 2011

Perkongsian

BICARA HATI DI DEPAN MAKAM RASULULLAH DI MADINAH



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami bersyukur kepadaMu kerana menjemput kami kesini menyaksikan makan kekasihMu yang telah mengorbankan seluruh kehidupannya untuk perjuangan agamaMu. Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin kerana memberi kekuatan untuk kami sehingga kami dapat hadir disini bagi kami mengingati kembali kehidupan, akhlaq, pengorbanan dan perjuangan baginda. Kami sedar Ya Allah, Engkau telah mengangkat darjat Rasulullah dan memuliakan baginda sehingga namanya berada disebelah namaMu. Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah, aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan dan Ilah untuk disembah melainkan Engkau Ya Allah Ya Waddud Yang Maha Pencinta, Ya Rahman YaRahim Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruhMu yang Engkau lantik sebagai RasulMu yang terakhir menyempurnakan agama buat kami.



Ya Rasulullah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kami buatmu diatas setiap pengorbananmu yang tidak mampu kami bilang dan ucapkan demi untuk memastikan kami mampu mengecapi nikmat berada di dalam Islam, Iman dan Ihsan pada hari ini. Tanpa pengorbananmu dan para sahabat, tentulah kami akan digenggam oleh syaitan yang durjana dan kuncu-kuncunya Yahudi, Nasrani dan sesiapa sahaja yang bersekongkol bersama mereka.



Ya Rasulullah, kami berdiri dihadapan makammu pada saat ini dengan penuh merendah diri menginsafi akan diri kami sebagai ummatmu yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Kami sedar Ya Rasullullah, sekiranya engkau masih hidup pada hari ini, engkau pasti akan sedih melihat ummatmu yang sudah tidak berpegang kepada ajaran yang engkau tinggalkan. Kami berada disini untuk mendapat kembali semangat perjuanganmu yang sentiasa mengalir di dalam jiwamu yang datang dari semangat Ya Ba’its yang Maha Membakar semangat. Kami sering kali lemah, malas dan tidak berupaya untuk mengikut jejaklangkahmu dalam memperjuangkan agamamu. Kami bimbing kami tidak dapat bersama dengan pejuang2 yang bangkit bersamamu dihari kebangkitan nanti dan mendapat syafaatmu. Terimalah Ya Rasulullah sedikit pengorbanan kami bukti cinta kami kepadamu demi kerana Allah Ya Waddud. Engkau lihatlah Ya Habibullah, nasib ummat Islam pada hari ini, ditindas oleh Yahudi dan Nasrani, dan kami tidak berupaya untuk melawan mereka tanpa kekuatan Ya Aziz, Ya Qowiy Ya Matin, Ya Ba’its.



Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Kuat, Ya Matin Yang Maha Teguh, Ya Ba’its Yang Maha Membakar semangat, perkasakan, perkuatkan, perteguhkan jiwa kami dan bakarkan semangat kami sepertimana kekuatan dan ketabahan jiwa KekasihMu Rasulullah agar kami mampu meneruskan perjuangan baginda sehingga akhir hayat kami. Ya Allah Ya Majid Yang Maha Mempunyai Budi Pekerja Mulia, Engkau mengurniakan kekasihMu Rasullullah dengan budi pekerti yang mulia sehingga disegani kawan dan lawan. Kurniakan juga buat kami Budi pekerti mulia sepertimana Engkau kurniakan buat baginda, agar dengan budi pekerti dan akhlaq mulia ini kami mampu memperjuangkan agamaMu dengan penuh hikmah dan mampu melakukan kebaikan kepada semua yang berada disekeliling kami. Kurniakan buat kami sifat pemurah baginda, sifat prihatin baginda, sifat penyayang baginda, sifat suka menolong baginda, sifat mengutamakan sahabat, sifat berkorban untuk orang lain, sifat tidak mementingkan diri, sifat sederhana dalam kehidupan, sifat dermawan, sifat sentiasa memikirkan ummat Islam dan ingin membawa ummat Islam kembali kepada menyembahMu.