Friday, June 14, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SANAD AL-QURAN

Assalamualaikum wbr
Alhamdulillah, program bacaan quran bersanad yang dianjurkan 3i mendapat sambutan. Ia adalah satu permulaan usaha yang baik. Selama hampir 4 bulan para peserta bertungkus lumus untuk mendapatkan sanad bacaan yang beralir daripada Rasulullah. Berikut dilampirkan gambar sekita majlis penyampaian sanad tersebut daripada Sheikh yang diimport khas daripada Mesir. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk kemaslahatan bersama.





UMRAH ZIARAH JORDAN 1434h

 Assalamualaikum wbr.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah Al-'Aliy Al-Mutaali yang Maha Tinggi kerana telah mengizinkan kami untuk berkongsi sedikit pengalaman yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda semua. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan semua, THREE I MARHALAH SERVICES telah berjaya menganjurkan umrah ziarah ke JORDAN pada April yang lalu. Semua jemaah umrah memberikan kerjasama yang baik.

Banyak tempat lawatan bersejarah yang penuh ibrah telah dilawati antaranya makam nabi syuib dan laut mati. Setiap tempat lawatan itu terdapat banyak pengajaran yang dapat dipelajari oleh setiap pengunjung.
Di sini terdapat  beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.