Wednesday, December 28, 2011

Allah Al-Aziz


Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa. Dia lebih perkasa daripada seluruh

Makhluq di dunia ini. KeperkasaanNya dapat dilihat dalam penciptaan langit dan

Bumi serta makhluqNya. Dia perkasa dalam menguasai setiap makhluqNya

Seperti matahari, bulan, bintang, binatangm gunung serta manusia. Seluruh

Keperkasaan makhluqNya samada manusia, binatang dan sebagainya adalah

keperkasaanNya. Dia juga mampu memperkasakan jiwa manusia agar cekal dan

Tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.




Menghayati sifat Al-Aziz akan melahirkan manusia yang kuat semangat dalam

Mengharungi kehidupan, tidak mudah putus asa ketika kecewa dan berusaha

Bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Hamba Al-Aziz

Akan menguatkan jiwa2 yang lemah dan kecewa agar tabah menghadapi ujian

Dan dugaan hidup. Dia yakin semakin diuji semakin cinta Allah kepadanya dan dia

Akan redha dan sabar atas ujian itu.

Monday, December 5, 2011

ALLAH AL-QUDDUS

Ya Quddus bereriti Allah suci, bersih atau sempurna dari segala kesalahan,

Kecacatan atau kekurangan. Penciptaan langit dan bumi membuktikan kesempurnaan

penciptaanNya dan kekuasaanNya. Al-Quddus juga membawa makna mempunyai

Pekerti yang sangat mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian.


Penghayatan Al-Quddus dalam diri dengan menyucikan jiwa daripada sembahan2

Lain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata2 manusia). Menyucikan

Jiwa daripada penyakit2 hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dll). Dan

Sucikan hidup daripada dosa dan noda. Sucikan mulut, telinga, mata, anggota tubuh

Dan sebagainya.

Monday, November 21, 2011

Pendaftaran baru SMTT3i 2012

Alhamdulillah..kita masih lagi dapat menghirup udara dan bernafas pada hari ini. Kepada Allah Ya Muhyi, Yang Maha Menghidupkan kita bersyukur. Segala yang diberikan dan disediakan untuk kita tidak ternilai harganya. Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini, sentiasa dalam redha Allah dan mendapat keberkatan daripadanya.



Three I Training and consultancy masih berusaha dengan daya yang ada mengorak langkah demi langkah untuk memartabatkan ISLAM di dunia. Terkini kami membuka pendaftaran baru bagi Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i yang beroperasi di Cheras, dan rangkaiannya di Temerloh, bermula pada tahun hadapan. Maklumat lanjut boleh klik di link smtt3i ini.



Kami memohon doa dan sokongan daripada anda semua agar perancangan yang telah dirancangkan ini berjalan lancar dan hasilnya adalah kita dapat membina dan membentuk sahsiah yang baik kepada para pelajar, InshaAllah.



Kami sedia menerima cadangan dan idea daripada anda. Terima kasih.

Tuesday, November 15, 2011

Muslim Tour to Beijing- Disember


Kembara Muslim ke Beijing:
6D5N
2-7 Disember 2011
Adult: RM 2761
Child 6-11Years Old: RM 2447

Tempat menarik yang akan dilawati:
1.Tembok besar china
2.Masjid Tertua di Beijing
3.Istana Musim Panas
4.Jabatan Perubatan Tradisional China


Berminat, sila hubungi 3i Marhalah Travel : 03-9171 3751
atau emailkan kepada: my3igroup@gmail.com
TQ

Wednesday, October 26, 2011

TAKLIMAT, SOLAT HAJAT UNTUK JEMAAH HAJI 2011


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana telah banyak mengurniakan nikmatNya yang tidak pernah putus ke atas kita semua. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan tidak sombong.

Alhamdulillah, baru-baru ini 3i Marhalah Travel Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis solat hajat serta taklimat kepada bakal-bakal jemaah haji untuk musim haji 1432H.
Program bermula sekitar jam 9 pagi dengan kehadiran para tetamu, diikuti ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.

Seterusnya penerangan ringkas tentang ibadah haji oleh Ustaz Haji Azhar bin Mohamed selaku mutawif dan kemudian taklimat berkaitan program haji oleh penyelaras haji Ustazah Wan Samsiah.

Program diteruskan dengan sedikit kuliah ilmu oleh Prof Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd yang berbicara tentang Asmaul Husna.

Kemudian sesi solat hajat beramai-ramai yang diimami oleh Ustaz Haji Azhar bin Mohamed,semua yang hadir mengikuti sesi solat hajat tersebut dengan harapan agar semua urusan haji dipermudahkan Allah.

Akhirnya, semua tetamu yang hadir di jamu dengan juadah yang disediakan. Tidak kurang juga makanan dan kuih muih yang dibawa oleh para tetamu. Semuanya nampak menarik.

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan bantuan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada majlis tersebut. InsyaAllah kita akan bekerjasama lagi untuk program-program akan datang. Di bawah ini adalah gambar sekitar program berlangsung.

Kuliah ilmu Asmaul Husna Oleh Prof Madya Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd



Sesi solat hajat

Taklimat penyelarasan Haji 2011 oleh Ustazah Wan Samsiah

Monday, October 10, 2011

Pakej umrah Tarbawi MAC 2012

UMRAH TARBAWI 2012

TARIKH: 9 MAC - 25 MAC 2012 (Cuti Sekolah)

HARGA: RM 4900

PENERBANGAN: Pakistan International Airlines (PIA)

Pakej Termasuk:

Penerbangan pergi dan balik
Penginapan di Mekah dan Madinah
Makan di Mekah dan Madinah
Ziarah di Mekah dan Madinah

Jika berminat, boleh hubungi :
016-295 3756 (Hj. Mohamed)
019-330 1197 (Ust Hj. Azhar)
017-9448387 (Afifah)


Tuesday, September 27, 2011

Rumah terbuka & Taklimat peserta haji 2011



Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kunianya yang tidak pernah putus kepada kita. Bermula daripada kita bangun tidur sehinggalah kita melelapkan mata untuk berehat pada malamnya.

Alhamdulillah, pada 25 September yang lalu, pada hari ahad, 3i Group telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya sempena pelancaran tabung dana pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i.

Bermula jam 10 pagi sudah ada tetamu yang sampai. Kemeriahannya terasa kerana ramai tetamu yang hadir dan menu utamanya adalah kambing bakar. Terdapat juga menu lain seperti bihun sup, nasi lemak, rendang daging dan lemang, serta lontong.

Tetamu yang hadir sekitar 350 orang sehingga jam 2petang. Selepas itu disambung pula dengan program taklimat haji untuk bakal-bakal haji. Bermula sekitar jam 2.15petang dan berakhir sekitar jam 6petang. Mereka diberikan sedikit ilmu dan gambaran haji oleh Ustaz Haji Azhar Mohamed, dan ditambah dengan sentuhan Asmaul Husna oleh Prof Madya Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd seterusnya urusan teknikal dan penerangan oleh Ustazah Wahidah.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan dan RahmatNya. InsyaAllah.






Di bawah ini disertakan sedikit sebanyak gambar sewaktu program berlangsung.

Sunday, September 18, 2011

Syawal 1432h


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakannya yang tidak pernah putus. Ramadhan sudah berlalu, walaupun sedih, marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar Allah panjangkan umur kita untuk sampai ke Ramadhan pada tahun akan datang, Insha Allah.



Baru-baru ini 3i telah menghantar beberapa orang jemaah umrah utk berada selama sebulan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, mereka tiba dengan selamat dan gembira pada 7 September yang lepas. Pengalaman berharga bagi mereka kerana menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadhan pahalanya bersamaan menunaikan haji. Diberitakan terdapat seramai 7 juta orang pada Ramadhan tahun ini di Masjidil Haram. Subhanallah.



Apapun, semoga Allah menerima amal ibadah kita semua.



Sempena Syawal yang masih berbaki ini, 3i Group bercadang untuk mengadakan rumah terbuka. Maklumat adalah seperti berikut:



Tarikh: 25 September 2011


Hari: Ahad


Masa: 10.00 pagi -2.00 petang



Tempat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, KL.



Kami menjemput semua jemaah umrah dan haji yang pernah menyertai pakej umrah 3i, begitu juga dengan semua peserta pakej pelancongan lain, para pekerja 3i group serta mana-mana yang mengenali 3i Group. Semoga majlis ini mengeratkan lagi hubungan kita.



Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera di sebelah kanan blog ini. Terima kasih.



Monday, August 8, 2011

Allah Ya Malik


Allah Ya Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi

secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak2 kita, suami/isteri kita.

Dia boleh memberi dan mengambil apa sahaja daripada manusia pada bila2 masa.

Tiada siapa yang mampu menghalang sekiranya Allah Ya Malik ingin memberi atau

Mengambil, Setiap pemberian adalah amanah dan pinjaman dan akan ditanyai semuanya.

Menghayati sifat Al-malik membuatkan seseorang sedar dirinya bukan pemilik dan

Berusaha bersungguh2 untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah dan

Menjaga anugerah Allah sebaik mungkin.


Tidak ada seorang pun yg dapat mendakwa diri sebg penguasa tertinggi. Tugas pemerintah mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara2nya.

Wednesday, August 3, 2011

Kesembuhan dengan Asma Allah


KETIKA SEDANG SAKIT


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kasihanilah hambaMu ini ya Allah. HambaMu ini merayu dan merintih, berikanlah ketentuan yang baik buatku, ampunilah segala dosa-dosaku dan aku bertaubat kepadaMu atas segala dosa2ku, sesungguhnya Engkau Ya Affuw Ya Maha Memaafkan, Ya Ghoffur Yang maha Pengampun dan Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat.

Ya Allah Ya Aziz, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Engkaulah Yang Maha Kuat dan Ya Matin Engkaulah Yang Maha Teguh dan Mantap, hanya kekuatanMu sahajalah yang mampu aku gunakan untuk melawan kesakitan ini dan dengan kekuatanMu sahajalah aku mampu melawan musuh yang sedang menyerangku ini. Berikanlah kekuatanMu kepadaku Ya Allah agar hambaMu yang sedang menderita ini mampu melawan kesakitan ini. Sesungguhnya tipu daya syaitan dan manusia itu sangat lemah dan palsu. KekuatanMu yang Maha Hebat itu sudah tentu tidak tergambar olehku dan aku yakin Engkau Ya Aziz mampu mengalahkan pensihir yang sedang mensihirkanku ini. Ya Allah Ya Qahhar, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menundukkan, hambaMu ini merintih dan merayu agar Kau tundukkanlah kekuatan sihir ini agar ia mampu keluar daripada tubuhku ini, sesungguhnya Ya Malik, semuanya adalah milikMu, Kau mampu melakukan apa sahaja yang Engkau mahu kerana sesungguhnya Engkau Ya Muqtadir Yang Maha Menentukan.

Ya Allah Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, berikanlah hambaMu ini kesihatan dan kesejahteraan agar aku mampu menyembahMu dan menjalankan tugas Khalifah yang Engkau amanahkan kepadaku, Ya Allah Ya Mujib, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah doa, rayuan dan rintihan hambaMu ini yang sedang menderita. Sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim.

Monday, July 11, 2011

Allah Ya Rahim


Allah Ya Rahim Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dengan sayangNya Dia memelihara hamba pilihanNya untuk tetap berada di dalam redhaNya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat.



Sifat Ar-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia mendidik, membimbing untuk membawa manusia lain kepada Allah Ya Rahim., menegur sekiranya tersilap, memberikan perhatian dan sokongan didalam apa yang diperjuangkan.



Menunjukkan sifat Rahim pada orang yg lalai melalui teguran dan nasihat secara lembut dan bukannya kasar. Org derhaka dipandang dengn penuh kasih dan bukan pandangan hina.

Wednesday, July 6, 2011

Perkongsian

BICARA HATI DI DEPAN MAKAM RASULULLAH DI MADINAH



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami bersyukur kepadaMu kerana menjemput kami kesini menyaksikan makan kekasihMu yang telah mengorbankan seluruh kehidupannya untuk perjuangan agamaMu. Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin kerana memberi kekuatan untuk kami sehingga kami dapat hadir disini bagi kami mengingati kembali kehidupan, akhlaq, pengorbanan dan perjuangan baginda. Kami sedar Ya Allah, Engkau telah mengangkat darjat Rasulullah dan memuliakan baginda sehingga namanya berada disebelah namaMu. Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah, aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan dan Ilah untuk disembah melainkan Engkau Ya Allah Ya Waddud Yang Maha Pencinta, Ya Rahman YaRahim Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruhMu yang Engkau lantik sebagai RasulMu yang terakhir menyempurnakan agama buat kami.



Ya Rasulullah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kami buatmu diatas setiap pengorbananmu yang tidak mampu kami bilang dan ucapkan demi untuk memastikan kami mampu mengecapi nikmat berada di dalam Islam, Iman dan Ihsan pada hari ini. Tanpa pengorbananmu dan para sahabat, tentulah kami akan digenggam oleh syaitan yang durjana dan kuncu-kuncunya Yahudi, Nasrani dan sesiapa sahaja yang bersekongkol bersama mereka.



Ya Rasulullah, kami berdiri dihadapan makammu pada saat ini dengan penuh merendah diri menginsafi akan diri kami sebagai ummatmu yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Kami sedar Ya Rasullullah, sekiranya engkau masih hidup pada hari ini, engkau pasti akan sedih melihat ummatmu yang sudah tidak berpegang kepada ajaran yang engkau tinggalkan. Kami berada disini untuk mendapat kembali semangat perjuanganmu yang sentiasa mengalir di dalam jiwamu yang datang dari semangat Ya Ba’its yang Maha Membakar semangat. Kami sering kali lemah, malas dan tidak berupaya untuk mengikut jejaklangkahmu dalam memperjuangkan agamamu. Kami bimbing kami tidak dapat bersama dengan pejuang2 yang bangkit bersamamu dihari kebangkitan nanti dan mendapat syafaatmu. Terimalah Ya Rasulullah sedikit pengorbanan kami bukti cinta kami kepadamu demi kerana Allah Ya Waddud. Engkau lihatlah Ya Habibullah, nasib ummat Islam pada hari ini, ditindas oleh Yahudi dan Nasrani, dan kami tidak berupaya untuk melawan mereka tanpa kekuatan Ya Aziz, Ya Qowiy Ya Matin, Ya Ba’its.



Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Kuat, Ya Matin Yang Maha Teguh, Ya Ba’its Yang Maha Membakar semangat, perkasakan, perkuatkan, perteguhkan jiwa kami dan bakarkan semangat kami sepertimana kekuatan dan ketabahan jiwa KekasihMu Rasulullah agar kami mampu meneruskan perjuangan baginda sehingga akhir hayat kami. Ya Allah Ya Majid Yang Maha Mempunyai Budi Pekerja Mulia, Engkau mengurniakan kekasihMu Rasullullah dengan budi pekerti yang mulia sehingga disegani kawan dan lawan. Kurniakan juga buat kami Budi pekerti mulia sepertimana Engkau kurniakan buat baginda, agar dengan budi pekerti dan akhlaq mulia ini kami mampu memperjuangkan agamaMu dengan penuh hikmah dan mampu melakukan kebaikan kepada semua yang berada disekeliling kami. Kurniakan buat kami sifat pemurah baginda, sifat prihatin baginda, sifat penyayang baginda, sifat suka menolong baginda, sifat mengutamakan sahabat, sifat berkorban untuk orang lain, sifat tidak mementingkan diri, sifat sederhana dalam kehidupan, sifat dermawan, sifat sentiasa memikirkan ummat Islam dan ingin membawa ummat Islam kembali kepada menyembahMu.