Sunday, February 20, 2011

Taklimat Umrah 3i Travel

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi sesi taklimat ibadah umrah daripada 3i Travel di Surau Al-Amin sepanjang pagi sehingga zuhur tadi. Program yang bermula sekitar jam 9.30 pagi berakhir sebelum zuhur sekitar jam 1 tengahari.

Para hadirin di jamu dengan makanan tengahari selepas taklimat.

Alhamdulillah, semoga para jemaah jelas dan faham dengan konsep yang diterangkan oleh speaker daripada 3i tadi iaitu PM Dr. Wan Maseri, Ustaz Azhar Mohamed dan Ustazah Wan Samsiah yang penerangan mereka saling lengkap melengkapi. InsyaAllah kursus umrah seterusnya akan di adakan pada 5 MAC 2011 di tempat yang sama selepas Isya'.

Pihak 3i Travel amat mengharapkan kehadiran semua jemaah umrah agar kita lebih kenal mengenal antara satu sama lain dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pelaksanaan ibadah tersebut. Walaupun ada segelintir jemaah sudah berkali-kali menunaikan umrah, namun ikatan silaturrahim perlu kita bina dahulu sebelum kita sama-sama berjuang di Haramain.

Terdapat juga jemaah haji menyertai taklimat ini yang ingin menunaikan haji pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Mohon maaf di atas segala kelemahan diperingkat pengurusan dan pendaftaran ketika taklimah tadi. Kami masih baru dalam menguruskan syarikat 3i Travel ini. Komen dan cadangan penambahbaikan adalah di alu-alukan untuk kebaikan bersama InsyaAllah..

Terima kasih buat semua hadirin yang sudi datang tadi. Ada yang datang dari Kedah, dari Johor, dari Kuala Selangor dan kebanyakan mereka bukan orang-orang yang dekat-dekat, namun sanggup memberi ruang masa untuk hadir. Moga Allah membalasnya...


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor-nombor yang tertera di bar sebelah kanan blog ini. Kami sedia membantu ada sedaya upaya. InsyaAllah, moga Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kita menunaikan ibadah umrah ini...ameeen....











Saturday, February 19, 2011

Kursus Umrah dan Haji

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah...Setinggi-tinggi rafa' kepada Allah swt yang sentiasa melimpahkan kurnia dan rahmatnya kepada kita. Suka saya mengumumkan di sini bahawa 3i Travel and Services akan mengadakan satu kursus umrah dan haji. Maklumat lanjut seperti di bawah:

Tarikh: 20 Februari 2011
Masa: 9.00 pagi-12.00 tengahari
Tempat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, Cheras KL

Jika anda berminat untuk menyertai walaupun tidak menyertai pakej umrah, bolehlah hadirkan diri. Kursus ini diberikan secara percuma oleh pengendali 3i Travel.

InsyaAllah ada beberapa slot yang akan diberikan. Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama di sana. Minum pagi disediakan. Dapatkan maklumat lanjut tentang 3i Travel.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
Hj.Mohamed: 016-2953756/ 019-9476844
Afifah: 013-2965723

Sunday, February 6, 2011

Peluang untuk Semua...


Assalamualaikum wbr...

Kami ada beberapa rakan-rakan niaga yang sedang mencari pekerja untuk membantu pekerjaan mereka. Berikut adalah maklumat lengkap.

1. Kerja partime/fulltime di Kedai Bakkery Azadan Rabbani
Tempat: Teras Jernang BANGI
Gaji: RM 800 Sebulan
Jenis Kerja: Pelayan tetamu

2. Kerja partime/fulltime pembantu kaji selidik di DUN sekitar Hulu Klang dan Hulu Selangor... dan Flat Seri Perantau di Port Klang...
Kerja: menuramah orang dari rumah ke rumah
Elaun: RM5 untuk setiap rumah can earn up to RM50 per Day
Tempat Tinggal dan makan disediakan untuk kajiselidik DUN manakala di Seri Perantau hanya
tempat tinggal disediakan
Pengangkutan disediakan untuk bergerak dari rumah ke rumah
Tiada qualification diperlukan...hehe..

3. Fasilitator perempuan untuk 11-13hb FEB di S.K Lembah Keramat
Program anjuran Rabbani Production.

Sesiapa berminat, atau ada cadangan apa-apa, boleh hubungi saya seperti nombor yang tertera di bawah.
Terima Kasih...

--
Regards,
Nuur Afifah Ramdan
Three I Travel & Services
Cheras, KL

Tuesday, February 1, 2011

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberikan pelbagai nikmat kehidupan kepada kita semua. Alhamdulillah, cuti sekolah sempena raya cina , telah pun bermula. Para pelajar SMTT3i telah pun mula bercuti dan telah kembali ke rumah masing-masing. Kami mengharapkan para pelajar dapat memanfaatkan cuti mereka sebaik mungkin dan selesaikan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan.

InsyaAllah selepas cuti ini beberapa orang pelajar baru akan masuk lagi ke SMTT3i, kami mengharapkan mereka dapat menyesuaikan diri secepat mungkin di sini. Sekolah akan bermula semula pada 7 hb ini, dan para pelajar dikehendaki sampai di asrama sebelum jam 6pm pada 6hb ini.