Saturday, August 28, 2010

Kehebatan malam Al-Qadr


Assalamualaikum w.b.r Selamat berpuasa kepada semua. Sekarang kita sudah berada di fasa ke-2 Ramadhan 1431h. Sekejap sahaja rasanya sudah hampir kita masuk ke fasa yang ke-3. Semoga kita semua memanfaatkan bulan mulia ini kerana pintu2 rahmat Allah banyak terbuka untuk hamba-hambaNYa..dan ketahuilah, bahawa Ramadhan ini bulan yang Allah design khas untuk hamba-hambaNya. Suka saya berkongsi di sini tentang kehebatan malam Al-Qadr, malam yang hanya 1 kali dalam setahun dan malam yang banyak barakahnya..

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)


4)
Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.


5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.


6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.



Thursday, August 26, 2010

Umrah tarbawi Ramadhan-kepulangan dan pemergian...

Alhamdulillah...Jemaah 3i yang berangkat pada sebelum Ramadhan tempoh hari untuk menunaikan umrah sudah selamat pulang pada 20hb. Mereka semua berada dalam keadaan sihat wal afiat. Mereka menyatakan hasrat sangat seronok mengikuti pakej umrah tarbawi. Mutawif yang menjaga mereka di sana ialah Ustaz Rosli bin Abdul Jabar.

Seterusnya untuk akhir Ramadhan ini, 3i akan menghantar lagi beberapa orang jemaah untuk mengerjakan umrah tarbawi. Mereka akan menyambut hari raya di Makkatul Mukarramah. MasyaAllah, indahnya berhari raya di sana. Mereka akan berangkat pada 8 September ini menaiki penerbangan MAS. Semoga ibadah umrah yang mereka kerjakan akan diterima Allah dan menjadi peneman di alam barzakh nanti. Kami mendoakan agar mereka selamat pergi dan kembali.

Terima kasih kepada mereka semua kerana telah memilih 3i Travel sebagai batu loncatan anda untuk sampai ke Tanah Suci. Semoga ukhwah kita akan berpanjangan.

Thursday, August 12, 2010

Muhasabah terbesar...


Assalamualaikum w.b.r

Maaf sangat. dah lama tak update blog ini. Sebelum terlupa, suka saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca. Berita terkini mengenai aktiviti 3i Group. Pada 6 Ogos yang lalu, kami telah menghantar jemaah di KLIA yang akan berlepas ke Jeddah. semuanya berjalan lancar dan beberapa orang mutawif akan memandu mereka sepanjang di sana. InsyaAllah mereka akan pulang pada 20 Ogos ini.

Terkini, aktiviti 3i Training & Consultancy, kami telah di arahkan oleh YB. Dr.Halimah Ali, Pengerusi Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan kaji selidik di sebuah kawasan beliau iaitu, di Pangsapuri Seri Perantau di Pel.Klang.
Fasa pertama kajian ini telah bermula pada 2 Ogos yang lalu dan telah berakhir pada 10 Ogos. InsyaAllah akan disambung lagi selepas ini memandangkan kawasan kajian masih banyak berbaki.

Laporan untuk Fasa pertama telah pun dihantar dan dibentangkan kepada beliau pada 11 Ogos. Dan beliau berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dijalankan. Beliau meminta 3i Training & Consultancy untuk menyambung lagi memandangkan kes-kes di pangsapuri tersebut agak berat dan kami perlu mengkaji lebih dalam lagi masalah2 yang dihadapi oleh penduduk di sana.

Kerja ini bagi saya satu bentuk pengajaran yang Allah nak ajar kita. Muhasabah terbesar bagi kami yang menjadi petugas di sana. Kita tidak akan terfikir, pelbagai masalah yang tak pernah kita ketahui berlaku di sana. Subhanallah.
Kami akan terus berdoa untuk penduduk di sana, supaya sentiasa dalam rahmat Allah. Marilah kita sama-sama doakan mereka, kita berada di zon selesa, sedangkan mereka, nak mencari sesuap nasi punyalah payah. Paling kurang pun, kirimlah doa buat mereka.

Kami akan meneruskan kajian dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, bolehlah menghubungi saya dengan segera. 013-2965723 -Afifah. Tempat tinggal, Makan dan elaun disediakan. Semoga usaha kita ini mendapat ganjaran di sisi Allah.ameen....

Monday, August 2, 2010

Syarah Kitab hikam

ALANGKAH AJAIBNYA BAGAIMANA NAMPAK WUJUD DI DALAM ‘ADAM (YANG TIDAK WUJUD), ATAU BAGAIMANA DAPAT BERTAHAN SESUATU YANG ROSAK BINASA ITU DI SAMPING ZAT YANG BERSIFAT KEKAL.


Alam ini kesemuanya adalah gelap gelita sedang yang meneranginya adalah kerana nampak Wujud Allah s.w.t padanya. Pada hakikatnya alam ini tidak wujud, Allah s.w.t jua yang wujud. Tetapi apa yang terlihat kepada kita adalah alam semata-mata sedangkan Allah s.w.t yang lebih nyata menjadi terlindung daripada pandangan kita. Allah s.w.t yang menzahirkan segala sesuatu, bagaimana sesuatu itu pula menghijabkan-Nya. Allah s.w.t yang tampak nyata pada segala sesuatu, bagaimana pula Dia terlindung. Allah s.w.t adalah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya, bagaimana pula Dia dihijab oleh sesuatu yang tidak wujud di samping-Nya.



Hati akan hanya diisi dengan iman (percaya) atau ragu-ragu. Jika Nur Ilahi menyinari hati maka mata hati akan melihat dengan iman. Seandainya pandangan mata hati tidak bersuluhkan Nur Ilahi maka apa yang dipandangnya akan membawa keraguan dalam bentuk pertanyaan ‘bagaimana’. Pertanyaan ‘bagaimana’ itu merupakan ujian tentang Allah s.w.t. Ia boleh memberi rangsangan untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Jika tidak dikawal ia akan mendorong kepada perbahasan yang tidak ada penyelesaian kerana bidang ilmu sangat luas, tidak mungkin habis untuk diterokai. Jika kita ikuti perbahasan ilmu, kita akan mati dahulu sebelum sempat mendapat jawapan penghabisan. Oleh itu letakkan garisan penamat kepada ilmu dan masuklah ke dalam iman. Iman menghilangkan keraguan dan tidak perlu bersandar kepada bukti dan dalil-dalil.



Pengalaman hakikat akan menghapuskan pertanyaan ‘bagaimana’. Apabila keraguan datang, ia akan disambut dengan jawapan, “Dengan Dia aku mengenal sifat-Nya, bukan dengan sifat-Nya aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal ilmu pengetahuan, bukan dengan ilmu pengetahuan aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal makrifat bukan dengan makrifat aku mengenal Dia”.



Apabila hati sudah diisi dengan iman pertanyaan ‘bagaimana’ akan menguatkan keinginan untuk mencungkil Rahsia Ilahi yang menyelubungi alam maya ini. Jika dia tidak mampu memahami sesuatu tentang Rahsia Ilahi itu maka dia akan tunduk dan mengakui dengan kerendahan hatinya bahawa benteng keteguhan Allah s.w.t tidak mampu dipecahkan oleh makhluk-Nya.



Sewa Pejabat

Assalamualaikum wbr...

3i group bercadang untuk menyewakan sebahagian pejabat urusan ini kepada sesiapa yang berminat. Konsep pejabat ini adalah lebih kepada menyediakan ruang untuk kursus latihan yang boleh memuatkan seramai lebihkurang 30 orang dalam satu masa. Harga boleh dirunding mengikut penggunaan dan sebagainya...

Berminat, boleh hubungi admin segera.

Aktiviti semasa 3i Travel & Services

Assalamualaikum wbr

Sedikit makluman Terkini untuk aktiviti 3i Travel & Services.
Semalam telah di adakan Kursus Umrah Ramadhan ke-2 bagi jemaah umrah yang akan berlepas pada 6 Ogos ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Staf 3i Travel akan menguruskan pemergian mereka di KLIA nanti bersama dengan jemaah umrah dari Pahang. Di harap semua akan berjalan lancar dan mereka akan selamat kembali ke tanah air nanti. Pengalaman berharga menunaikan umrah di Bulan Ramadhan, bukan semua orang dapat merasainya. Subhanallah, oleh itu, sesiapa yang ingin menunaikan umrah lagi. Kami ada menawarkan pakej umrah pada Disember ini, termasuk sekali dengan ziarah Mesir. Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi kami.

Sekian. Terima kasih.