Wednesday, June 30, 2010

UMRAH TARBAWI RAMADHAN!!!


Alhamdulillah..



Setinggi-tinggi rafa' kepada Allah untuk segala yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya.



Baru-baru ini 3i Travel & Services telah pulang dari trip umrah ke-2 pada tahun ini. Berlepas pada 13 JUN danpulang pada 28 JUN. Semuanya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang ke tanah air. Terima kasih kepada semua jemaah yang telah menyertai pakej 3i. Moga ibadah umrah kalian diterima Allah dan mendapat tempat disisiNya.


Rejab sudah sampai ke pertengahan, syaaban dan Ramadhan akan menyusul. RAMADHAN???


Ramadhan akan kembali lagi. Tidakkah anda rindu kepada Ramadhan? bulan yang penuh barakah dan dilimpahi dengan rahmat Allah.


Dengan itu, 3i Travel & Services dengan sukacitanya menawarkan pakej umrah tarbawi RAMADHAN.



Maklumat lanjut boleh skrol ke bawah lagi...


Tarikh bertolak: 6 OGOS 2010


Tarikh pulang: 20 OGOS 2010


Harga: RM 6 600


Pakej termasuk: Penginapan, makanan di Madinah dan Mekah, Pengangkutan serta ziarah Madinah & Mekah


Tempat terhad: Hanya dibuka kepada 40 orang sahaja.


Penyertaan awal sehingga 7 Julai akan diberikan hadiah menarik, tajaan daripada 3i Travel & Services



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:


Ustaz Azhar: 019 - 330 1197


Ustazah Wahidah : 019-9476844


Afifah: 013-2965723





Ibadah Umrah di Bulan Ramadhan amat istimewa…


pahala yang digandakan..

doa yang dimakbulkan..

dosa yang diampunkan…

serta perbelanjaan yang akan digantikan..


Thursday, June 24, 2010

Bola vs Judi(5)


4.0 Statistik Berkaitan Judi


4.1 Kesan daripada judi adalah Pijaman


2/11/2009)

Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi rakyat Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion berbanding RM4.106 bilion pada bulan yang sama, 2008.


(9/11/2009)

AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2009.


Sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang potongan gaji mereka sehingga 60 peratus.


4.2 Pertumbuhan Agensi Haram Along


Judi juga menggalakkan pertumbuhan agensi along. Along merupakan agensi peminjam wang haram yang menjadi jalan mudah kepada orang yang ingin berhutang khususnya pemain judi.


Menurut Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, pada tahun 2005 tidak kurang 1,600 Ah Long dikesan beroperasi dan tahun lalu ia bertambah kepada lebih 4,000 orang.


“Sepanjang enam bulan tahun ini sahaja lebih 2,200 operasi Ah Long dikesan hasil kira-kira 300 kes mangsa yang tampil mengadu,” jelasnya. Kata Chong, kebanyakan mangsa Ah Long adalah kaki judi, peminum arak serta peniaga kecil dan sederhana.


FAKTA AH LONG (http://yoyooh.com/original-post/yo-ori-islamic/198-hutang-oh-hutang.html):


* Budaya samseng peminjam wang yang bermula dan berpengaruh di Hong Kong.

* Memperdagangkan mata wang tanpa lesen melalui konsep pinjaman.

* Kegiatan mereka adalah jenayah.

* Operasi bergerak secara berantai (rantaian), berurusan secara lisan dan tanpa peraturan.

* Hanya beroperasi melalui orang tengah (runners).

* Didalangi orang berpengaruh yang sukar dikesan untuk tindakan undang-undang.

* Mangsanya rata-rata kaki judi (lebih 80 peratus) dan peniaga kecil serta sederhana.

* Ada lebih 4,000 Ah Long beroperasi (2006) melibatkan urus niaga haram mata wang melebihi RM50 juta.

* Mangsa Ah Long;

i) Cina (lebih 80 peratus).

ii) Melayu dan bumiputra (8-10 peratus).

iii) India (5-8 peratus).

* Berpotensi jadi agen bagi institusi kewangan berlesen jika komisen menarik.

* Pasukan Banteras Peminjam Wang Haram (ceti, Ah Long atau orang tengah) Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada 26 Disember 2006.

* Akta Lesen Peminjam Wang diwartakan 2003.

* Ada 1,200 peminjam wang berlesen berdaftar dengan Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia.


4.3 Judi dan Penderaan Rumahtangga


Paling membimbangkan hampir 60 peratus daripada jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat mangsa, terutama suami mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kurang 3,000 kes penderaan dilaporkan berlaku di seluruh negara membabitkan wanita sebagai mangsa.


Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Berdasarkan statistik, katanya sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 2,441 kes penderaan wanita dilaporkan berbanding 3,101 pada 2004 dan 3,093 pada 2005.


“Daripada 3,093 kes yang dilaporkan berlaku pada tahun lalu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 845 kes diikuti Kedah (338); Johor (320); Pulau Pinang (272); Negeri Sembilan (253) dan Sarawak (234,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Poster Keganasan Terhadap Wanita kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jawatankuasa Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), di sini, semalam.


Berikut adalah statistic penderaan kanak-kanak yang salah satu punca adalah ayah yang kaki judi.

Wednesday, June 23, 2010

Produk Bacaan 3i

Buku 1# Bicara hati
RM5 sahaja





Buku 2# Anak Cemerlang
RM 5 Sahaj



Buku 3# Dengan Nama-Mu Aku Merintih
RM 12 Sahaja




Buku 4# 99Q Kecerdasan Asmaul Husna
RM 65 Sahaj


Bola vs Judi(4)


2.0 Punca Berlakunya Judi


Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana:


1) lemahnya iman

Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal saleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)


Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.


2) Kurang jati diri

3) Kecetekan akal fikiran

4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.



3.0 Akibat Judi


Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:


1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.


2) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.


3) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini.


4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.


5) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.


Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.


6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'

Tuesday, June 22, 2010

Bola vs Judi(3)


1.3 Judi dari Kamus Dewan


1.3.1 Judi


permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. meng­guna­kan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm ke­adaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn mem­per­juangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi.


1.3.2 Tikam Ekor


Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam memasang wang dlm permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi.


1.3.3 Judi Wawei


Permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang


1.3.4 Judi Karen


Permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi)


1.4 Judi Bola


Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.


Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.


Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.


Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.


Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.