Tuesday, November 20, 2012

6-9 DISEMBER - MEDAN, INDONESIA

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah kita telah sampai ke tahun 1434hijrah. Selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh ummat Islam di dunia ini. Semoga amalan-amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan kita meneruskan tahun baru ini dengan penuh semangat dan azam yang tentunya matlamatnya mencari Redha Ilahi InsyaAllah.

THREE I MARHALAH TRAVEL SDN. BHD kali ini menawarkan kepada para pembaca Lawatan Tarbawi ke MEDAN, INDONESIA. Tarikhnya ialah 6-9 DISEMBER 2012. Harga pakej ini ialah RM 950 termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan hotel bertaraf 3bintang, Pengangkutan yang selesa dan berhawa dingin, pemandu pelancong yang mahir dan mesra serta pengisian rohani sepanjang perjalanan InsyaAllah.

Tarikh tutup penyertaan semakin hampir, jika berminat, segeralah hubungi Tn.hj. Mohamed di talian 016-2953756 / 019-9476844.

Monday, November 12, 2012

UPAH UMRAH ARWAH 2013





Three I Marhalah Travel Sdn.Bhd menawarkan perkhidmatan upah umrah bagi mereka yang ingin melakukan upah umrah utk arwah-arwah ahli keluarga yang disayang. Perkhidmatan ini ditawarkan sepanjang tahun.

Setiap upah umrah berharga RM 300 sahaja dan akan menerima hadiah-hadiah yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semoga usaha kita untuk ahli keluarga yang sudah ke alam barzakh akan membantu mereka di sana.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi hj.mohamed: 016-2965723 / 019-9476844.







Thursday, October 18, 2012

UMRAH TARBAWI 2013 (KARACHI)

Assalamualaikum wbt

THREE I MARHALAH TRAVEL SDN BHD sekali lagi menawarkan kepada mereka yang berhajat menunaikan umrah pada awal tahun (Hujung Feb / Awal Mac) 2013 untuk sama-sama mengerjakan umrah tarbawi. Harga pakej yang kami tawarkan adalah RM4 950. Pakej yang ditawarkan termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan, air zam-zam, mutawif, kursus umrah serta cenderahati daripada pihak syarikat.

Kursus Umrah yang akan dianjurkan oleh pihak syarikat akan di laksanakan sekurang-kurangnya dua kali agar para jemaah mendapat sedikit gambaran dan ilmu mengenai ibadah umrah.

Umrah Tarbawi kali ini akan menggunakan penerbangan Pakistan International Airlines (PIA), dan akan transit di Karachi selama sehari. InsyaAllah kita akan berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Karachi di Pakistan. Sepanjang perjalanan di Karachi para jemaah akan diberikan pengisian rohani yang akan mentarbiyah jiwa dan membawa hati kita lebih dekat dan mengenal Allah melalui penghayatan Asmaul Husna. 

Antara tempat menarik yang akan dilawati ketika di Karachi ialah Makam Ali Jinnah-Perintis permodenan Pakistan. Masjid Toba atau dikenali dengan Masjid Jin yang dibina tanpa tiang. Kemudian para jemaah akan dibawa melawat pusat menjual barangan kulit. 

Jika ada yang berminat atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan, boleh lah menghubungi pihak THREE I MARHALAH TRAVEL, Hj. Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844.

UMRAH TARBAWI (ZIARAH BAITULMAQDIS)

Assalamualaikum wbt untuk semua para pelawat...


THREE I MARHALAH TRAVEL SDN BHD kini menawarkan kepada semua UMRAH TARBAWI & Ziarah Baitul Maqdis yang InsyaAllah akan dijalankan pada sekitar awal MAC 2013.Baitul Maqdis yang di dalam kawasannya terdapat masjid yang penuh barakah, masjid yang disebut di dalam Al-Quran dan dikurniakan ganjaran yang besar apabila kita beribadah di dalamnya, itulah Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al-Aqsa adalah salah satu simbol kemuliaan ummat Islam di Palestin dan menjadi satu anjuran yang besar untuk kita menziarahinya. Sehubungan dengan itu THREE I MARHALAH terpanggil untuk sama-sama membawa jemaah umrah untuk mendapatkan satu pengalaman dan semangat dengan menziarahi Baitul Maqdis yang mulia itu. InsyaAllah para jemaah akan berada di Baitul Maqdis selama 3hari 2 malam untuk aktiviti ziarah sekitarnya. InsyaAllah dengan bimbingan mutawif yang berpengalaman kami akan membimbing para jemaah dengan pelbagai aktiviti pengisian rohani berpandukan penghayatan Asmaul Husna yang akan membawa kita lebih dekat mengenal Allah.

Harga pakej yang ditawarkan setakat ini ialah RM 7200 seorang. Harga pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, ziarah di baitul maqdis, mekah dan madinah, penginapan, makan & pengangkutan serta cenderahati daripada pihak syarikat. Penerbangan yang akan dinaiki adalah Royal Jordan dan akan transit di Amman, Jordan. Daripada sana kita akan menaiki bas untuk menziarahi Baitul Maqdis

InsyaAllah segala apa yang para jemaah dapat akan berpatutan. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Apapun, kita hanya bergantung dan berharap kepada Allah, segala yang berlaku ketika permusafiran adalah telah ditentukan Allah dan kami di pihak syarikat akan berusaha memberikan segala yang terbaik untuk para jemaah. 

Sebarang pertanyaan dan komen, boleh menghubungi THREE I MARHALAH SDN BHD. 
Hj.Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844


Friday, May 25, 2012

UMRAH TARBAWI MEI 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang Allah bagi, 3i Marhalah Travel Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu lagi trip umrah tarbawi yang telah berlepas pada 22 Mei lalu. Rombongan umrah tersebut telah disertai seramai 57 orang peserta dari pelbagai negeri. Mereka telah menaiki penerbangan Royal Jordan pada jam 9.50 minit malam. Transit sehari di Amman kemudian terus mendarat di Madinah pada 24 Mei. 

Mereka akan dijangka kembali pada 1 Jun ini InsyaAllah. Kemeriahan ketika menghantar rombongan ini dirasai apabila kami bersama-sama berbuka puasa di KLIA sebelum mereka check-in. Semoga Allah merahmati perjalanan mereka, serta selamat pergi dan kembali ke tanah air. 

Berita selanjutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa InsyaAllah. 

Monday, April 23, 2012

KURSUS UMRAH TARBAWI SIRI MEI 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukrulillah.. Segalanya dari Allah dan kepadanyalah tempat dikembalikan. Sukacitanya dimaklumkan Trip Umrah Tarbawi MEI 2012 akan bermula 22Mei hingga 1Jun ini. Alhamdulillah proses persediaan semuanya berjalan dengan lancar. Setakat ini seramai 55 orang telah mendaftar sebagai jemaah umrah.

Untuk makluman semua kursus umrah akan diadakan pada 12 Mei 2012 ini bersamaan hari sabtu. Bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Penerangan tentang ibadah umrah akan diberikan oleh pengurus dan mutawif 3i Marhalah Travel Sdn. Bhd. Bertempat di Surau Al-Amin, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Semua jemaah umrah yang akan menyertai Umrah bulan Mei ini dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini. 

Semoga proses ke arah mencari cinta Ilahi ini sentiasa berjalan lancar dengan IzinNya InsyaALLAH.


Tuesday, April 10, 2012

Trip Ke Padang- Siri Mei 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmat Allah THREE I MARHALAH TRAVEL SDN.BHD. Sukacitanya memaklumkan bahawa pakej terdekat kami.

LAWATAN TARBAWI KE BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA.

TARIKH: 4 - 7 MEI 2012

RM 950



Pakej Termasuk:
Tiket Penerbangan pergi dan balik (Air Asia)
Penginapan yang selesa
Makanan yang menyelerakan
Pengangkutan di Indonesia
Pemandu pelancong yang mesra
Pengisian menarik. Bermusafir sambil mengenal Allah..

Jika berminat, boleh lah menghubungi:
Hj.Mohamed bin Saharudin: 016-2953756
Ust Abd Latiff: 013-2007856
Afifah: 013-2965723

Tuesday, April 3, 2012

LAWATAN KE PADANG

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah Al-Wahhab yang tidak pernah putus-putus memberikan nikmatnya.

Three I Marhalah Travel sdn. bhd. dengan sukacitanya menawarkan pakej lawatan ke PADANG, INDONESIA pada 6 JUN - 9 JUN 2012.

Harga pakej ialah sebanyak RM 950 sahaja. Para peserta akan mengenali seni kehidupan dan kebudayaan masyarakat minangkabau yang sangat unik dan berbeza. Sepanjang perjalanan peserta akan dibawa merentasi pemandangan yang menyejukkan mata dan cantik.
Selain itu, peserta juga akan berpengalaman merasai pelbagai jenis makanan tradisional yang unik dan enak.

Antara tempat lawatan menarik ialah :
Museum Adityawarman
Pantai Padang
Jembatan Siti Nurbaya
Mesjid Raya Padang
Air Terjun Lembah Anai
Perkampungan Minang Kabau
Pusat Kerajinan Tenun Pandai Sikek
Batu Sangkar
Bukit Tinggi
Danau Maninjau
Pantai Padang Pariaman

Sertailah kami dengan mendaftar segera. TEMPAT TERHAD!!! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk sama-sama menerokai bumi INDONESIA yang penuh keunikan ini sambil kita mengenal dan memuji Allah Yang Maha Pencipta. Allah Al-Khaliq.

Wednesday, March 28, 2012

BERITA UMRAH TARBAWI MAC 2012

Assalamualaikum wbr

Suka ingin kami berkongsi di sini bahawa seramai 43 orang jemaah di bawah pengurusan 3i Marhalah Travel Sdn.Bhd telah selamat sampai di Mekah pada 2hari yang lalu. Kini mereka sedang melakukan ziarah dan ibadah umrah. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.

Mereka akan menziarahi tempat2 bersejarah dan miqat umrah untuk melaksanakan ibadah umrah. Antaranya ialah, tempat lahir Rasulullah, tanah perkuburan ma'la, ladang unta, muzium mekah, hudaibiyah, ja'ranah dan tanaiem.

InsyaAllah, mereka dijangka bergerak keluar dari Mekah pada 3 April 2012 dan sampai kembali ke Kuala Lumpur pada 4 April 2012. Semoga Allah Al-Hafiiz dan Al-Muhaimin akan memelihara serta menjaga seluruh perjalanan ibadah mereka.

UMRAH TARBAWI MEI 2012

Assalamualaikum wbr.

Berikut dinyatakan tarikh terkini UMRAH TARBAWI Mei 2012 bagi mereka yang berminat.

21 MEI - 4 JUN 2012

RM 5680


Tempat-tempat yang menarik utk dilawati adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.


Thursday, February 16, 2012

UMRAH CUTI SEKOLAH MEI- JORDAN.


UMRAH TARBAWI CUTI SEKOLAH MEI 2012

TARIKH: 26 MEI - 8 JUN 2012 (15 HARI)

HARGA: RM 5 680

PENERBANGAN: ROYAL JORDAN

Antara tempat lawatan:

Jordan: Laut Mati, Gua Ashabul Kahfi, Maqam Nabi Shuib a.s

Madinah: Maaqm Rasulullah, Bukit Uhud, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Perkuburan Baqi'.

Mekah: Jabal Nur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Ja'ranah, Ladang Unta dll

Antara Pengisian Istimewa utk para tetamu Allah:

Solat sunat tasbih dan hajat di hadapan Baitullah.

Penghayatan Asmaul Husna setiap hari di tempat2 ziarah dengan merenungi alam dan penciptaan Allah Al-Kholiq.

Kuliah -kuliah ilmu yang disusun setiap hari untuk para jemaah

DAFTARLAH SEGERA!!

HUBUNGI:

Hj. Mohamed: 016- 295 3756
Ust Hj Azhar: 013 - 330 1197
Ust Abd Latiff: 013- 2007 856
Afifah : 013-2965723