Sunday, January 23, 2011

Taklimat 3i Travel and Services

Assalamualaikum wbr.

Mohon maaf kepada semua di atas kelewatan mengemaskini blog ini. Alhamdulillah pada jam 10 pagi 23 Januari 2011 telah diadakan taklimat daripada 3i Travel utk bakal jemaah haji dan umrah tarbawi MAC 2011. Seramai lebihkurang 60 orang hadirin telah hadir ke Surau Al-Amin tempat taklimat itu di adakan.

Terima kasih banyak kepada mereka yang hadir dari jauh ada, dari dekat pun ada, apapun, sokongan anda sangat kami hargai. Bersempena dengan program tersebut, Kelab Keusahawanan Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah mengambil kesempatan mencungkil kebolehan mereka untuk berniaga dengan para hadirin. Mereka menjual kerepek dan snek untuk bekalan pulang para hadirin. Terima Kasih kepada hadirin yang menyokong usaha mereka.

Taklimat dimulai dengan ceramah mengenai ibadah haji dan umrah daripada Ustaz Azhar dan disusuli oleh penerangan daripada Ustazah Wahidah dan Hj Mohamed. Taklimat berhenti sekitar jam 11.45 pagi untuk minum pagi dan disambung dengan taklimat khusus untuk jemaah Umrah Tarbawi MAC 2011 nanti.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, program susulan oleh 3i Travel and Services akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Thursday, January 13, 2011

Update 3i

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setelah lama tidak bermadah di sini, hari ini saya mencuri sedikit kesempatan yang ada walaupun sebenarnya kepenatan masih bersisa. Saya lapangkan sedikit nikmat masa yang Allah berikan pada hari ini untuk berkongsi cerita-cerita terkini mengenai 3i Group.

Terkini, Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah seminggu beroperasi dan ini adalah minggu kedua. Pelbagai cabaran dan ragam ditempuhi, Alhamdulillah sehingga hari ini permintaan semakin bertambah, namun kita telah menutup pintu penerimaan pelajar disebabkan tempat telah dipenuhi. Apapun, bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkan sekolah ini bekerjasama dengan Surau Al-Amin, banyak kelebihan yang Allah bagi. 20 Orang pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik di sekolah ini. nak tahu?kena datang tengok. hehe..

Seterusnya untuk 3i Travel and Services, Umrah Tarbawi MAC 2011 dijadualkan akan bermula awal MAC ini dan pendaftaran setakat ini masih dibuka. Harga Terkini ialah RM4650 seorang jika ramai, kita boleh bagi diskaun..Apapun, diharap umrah tarbawi kali ini lebih bermakna dan lebih baik pengurusannya daripada umrah tarbawi MAC tahun lepas yang baru pertama kali di kendalikan oleh 3i Travel.

Sesiapa yang berminat untuk belajar nak jadi mutawif juga boleh pergi umrah ni dengan kami, InsyaAllah kita akan sama-sama meningkatkan amal ibadah kita dengan perkongsian pengalaman di sana.

Berita lanjut mengenai projek terbaru 3i Training and consultancy ialah projek kajiselidik Fasa 2 di Pangsapuri Seri Perantau yang dijangka bermula pada bulan Februari ini. Projek ini diminta sendiri oleh YB Parlimen tersebut untuk 3i Training mengendalikannya sekali lagi. Jadi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan tangan membantu rakyat2 yang kesusahan di sana, mari sama-sama kita bekerjasama dalam menyelesaikan masalah mereka.

Jika nak di ikutkan, 2 tangan ini memang tidak cukup untuk melaksanakan semua tanggungjawab di atas. hatta jika diberikan 4 tangan sekalipun tidak cukup, tapi jika difikirkan kembali, bahawa 2 tangan itu sudah sememangnya cukup Allah bagi, sebab apa?fikirkan bersama.

Setakat itu berita terkini dari Meja admin 3i Group, sebarang kesilapan dalam penggunaan bahasa di atas, harap dapat dikomen dan dimaafkan.

InsyaAllah, saya akan cuba update lagi jika ada kelapangan masa.