Thursday, September 30, 2010

JOM MENGAJI AL-QURAN

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Sepanjang bulan Ramadan ini program tadarus yang dirancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui program ini aku dapati masih ramai lagi teman-temanku yang tidak bisa mengaji dengan betul. Tetapi Alhamdulillah, kesemua mereka masih dapat membaca al-quran walaupun masih terdapat banyak kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan. Aku tidak menyalahkan mereka di atas kekurangan ini kerana aku sedar terdapat banyak faktor yang mungkin tidak membolehkan mereka untuk mengaji dengan lancar. Namun berkat daripada tadarus ini mereka bisa mempamerkan peningkatan daripada segi kelancaran mengaji dari sehari ke hari.

Syukur, aku sendiri diajar mengaji oleh ibuku. Dan mungkin berkat daripada seorang ibu, aku bisa mengaji dengan agak baik dan lancar walaupun masih terdapat beberapa kesalahan yang harus dibetulkan.

Namun apa yang aku ingin tekankan di sini bukan hanya soal diriku dan teman-temanku yang masih tidak mampu membaca al-Quran dengan betul tetapi kepada semua insan yang bergelar lelaki di luar sana.

Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:

1) memberikan nama yang baik
2) mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya

Lalu wahai sahabat-sahabatku di luar sana..
Andai kita sebagai seorang lelaki tidak mengambil berat akan hal pembacaan al-Quran, masih layakkah kita untuk bergelar sebagai ketua kepada sebuah keluarga kelak?..

Tidak malukah kita, andai kita tergagap-gagap untuk membaca Al-Quran di hadapan papa mertua kita kelak dan mungkin saja al-Fatihah pun kita masih tidak mampu untuk membacanya dengan lancar..

Sahabat-sahabat, mesti nak kahwin kan????

Jadi jangan lupe bagi lancar al-Fatihah dulu ye.....

Jangan nanti tak jadi kahwin sebab tak reti baca al-fatihah..

Dan layakkah kita untuk bergelar seorang ayah?
Ya, mungkin ada yang akan mengatakan suruh saja si ibu yang mengajarkan anak ataupun hantar sahaja anak ke mana-mana ustaz. Namun, bisakah untuk kita lari daripada tanggungjawab kita ini yang kelak pasti akan di soal oleh Allah S.W.T.. Fikirkanlah wahai sahabat, seorang anak akan lebih selesa mengaji bersama bapanya atau bersama orang luar yang mungkin sebelum ini tak pernah dikenalinya?

Si ibu sudah mendapat pahala yang sangat besar seperti berjihad di medan perang sewaktu melahirkannya, lalu mengapa kita tidak mencuba untuk mendapatkan pahala ilahi...untuk menggapai redhanya dengan sekadar mengajarkan anak-anak kita mengaji?

Ok...Mungkin kita masih terlalu muda untuk berbicara soal anak..tapi INGAT jika hal ini dianggap remeh maka akan remehlah masa hadapan rumah tangga anda kelak..

Rancanglah perjalanan hidup kita sebaik mungkin dan Al-quran adalah sebaik-baik rujukan.
Kepada rakan-rakanku: Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai satu budaya.. Janganlah hanya membaca apabila disuruh ataupun sekadar membaca di bulan Ramadan.. Sesungguhnya, Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah wasiat Rasulullah S.A.W. yang harus dijaga walaupun mesti dipertaruhkan dengan nyawa..

Renungkanlah wahai sahabat yang ku kasihi..

Kelak di pusara ibu bapa kita siapa yang akan membacakan yasin dan tahlil untuk mereka?

Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan mereka?

Siapa yang akan menolong mereka berhadapan dengan yang Esa?

KITA!..

Ya, kita yang akan mendoakan mereka lalu andai al-Quran tak mampu kita baca kepada siapa lagi kedua ibu bapa kita harus mengharap..

INGAT!!!

"Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya"...

Fikir-fikirkanlah

Tepuk dada tanyalah Iman...

Info from Facebook...

Sekitar Jamuan AidilFitri 1431H 3i GROUP

Alhamdulillah..Selamat sudah Majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran 3i Group yang mana di bawahnya bernaung 3i Travel & Services dan 3i Training & Consultancy. Terima kasih kepada semua tenaga-tenaga kerja yang telah berusaha membuat persediaan bermula pagi sehingga siap pada malamnya. Terima kasih juga kepada para tetamu yang hadir ke Open Office kami. Semoga ukhwah di kalangan kita akan berterusan dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah.


Sedikit ulasan sekitar program semalam. Taklimat untuk jemaah haji yang akan berangkat bersama 3i telah bermula sekitar jam 3.45petang. dikendalikan oleh Prof.Madya Dr. Wan Maseri serta Ustazah Wahidah. Kemudian berhenti untuk solat asar dan minum petang pada jam 4.45 petang. Seterusnya disambung lagi taklimat sehingga waktu maghrib. Kemudian di adakah solat hajat dan tahlil yang dikendalikan oleh salah seorang mutawif 3i iaitu Ustaz Azhar Mohamed. Selepas selesai tahlil, solat isya’ berjemaah kemudian tetamu dijemput menjamu selera. Kemudian pada Jam 9.40 malam dimulakan kelas penghayatan Asmaul Husna oleh Prof Madya Dr.Wan Maseri. Alhamdulillah, ramai juga yang mendengarnya. Semoga ilmu yang diperolehi boleh dimanfaatkan dan disebarkan.


2 khemah yang dipasang di kawasan parkir kereta yang dipisahkan bahagian muslimin dan muslimat member keselesaan kepada para tetamu untuk makan dan berbual. Setiap tetamu yang hadir diberikan cenderamata berupa beg kertas yang di dalamnya mengandungi pamphlet dan tawaran pakej daripada 3i Travel dan 3i Training.


Walaupun ada lebihan makanan, kami membahagikan sedikit setiap orang untuk dibawa balik. Alhamdulillah sekitar jam 12 malam, semuanya siap dikemas. Terima Kasih kepada mereka yang sanggup bantu mengemas sehingga siap. Semoga Allah menilai usaha kita itu.


Insya Allah, tahun depan akan diadakan lagi majlis seperti ini. Terima Kasih

Tuesday, September 28, 2010

Jemputan Jamuan hari raya aidilfitri 3i Group

Assalamualaikum wbr..

Dengan sukacitanya kami warga 3i Group ingin menjemput anda semua hadir ke Jamuan AidilFitri 1431h yang akan di adakan pada malam esok. 29 September 2010 bersamaan dengan 20 Syawal 1431h. Majlis bermula selepas maghrib dan berakhir pada jam 10 malam InsyaAllah. Tetamu yang hadir akan diberikan Door gift ketika mendaftar.

Antara Menu yang menarik pada majlis tersebut ialah:
Nasi Lemak + ayam goreng
Lontong + rendang ayam
Mee Goreng
Bihun Goreng
Air Barli Lemon
Teh O panas
Keropok lekor
Ketupat daun palas
Kuih-kuih raya
Buah Tembikai & Duku

Di harap majlis tersebut akan berjalan lancar. Terima kasih.

Saturday, September 25, 2010

Alhamdulillah...Syawal 1431h...

Alhamdulillah..

Ramadhan telah selamat kita lalui..Syawal menjelma tanda hadiah daripada Yang Maha Esa kepada hambaNya. Tahniah kepada anda yang telah selamat menjalani tabiyah Ramadhan 1431H yang lalu. Sesungguhnya hanya kepada Allah lah kita memanjatkan kesyukuran yang tiada bertepi.

Alhamdulillah..jemaah umrah untuk trip akhir Ramadhan telah selamat pulang ke tanah air. Tahniah kami ucapkan. Semoga ibadah umrah di Bulan Ramadhan yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah. Sama-samalah kita berdoa agar segala amalan kita di bulan yang mulia itu diterima oleh Allah. ameen...

Kami ingin mengambil kesempatan di Syawal yang masih berbaki ini untuk mengadakan sedikit majlis doa selamat dan sambutan eidfitri di Pejabat 3i Group pada 29 sept 2010 bersamaan dengan 20 Syawal 1431h. Kami dengan sukacitanya menjemput semua jemaah-jemaah umrah yang pernah mengikuti pakej Umrah Tarbawi 3i Group untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Mereka yang berkelapangan serta berminat ingin mengetahui lanjut tentang 3i ini, bolehlah hadir sama.

Majlis bermula selepas maghrib, means, boleh lah kalau nak maghrib bersama di pejabat kami. Seterusnya kita adakan bacaan yaasin dan doa selamat untuk bakal-bakal haji pada tahun ini.
Diharap semua dapat mengesahkan kehadiran kepada saya (afifah-013-2965723) untuk hadir ke majlis ini. Semoga majlis yang akan di adakan ini akan mengeratkan sillaturrahim sesama kita dan mendapat keredhaan Allah. ameen...

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa kalian pada