Thursday, September 30, 2010

Sekitar Jamuan AidilFitri 1431H 3i GROUP

Alhamdulillah..Selamat sudah Majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran 3i Group yang mana di bawahnya bernaung 3i Travel & Services dan 3i Training & Consultancy. Terima kasih kepada semua tenaga-tenaga kerja yang telah berusaha membuat persediaan bermula pagi sehingga siap pada malamnya. Terima kasih juga kepada para tetamu yang hadir ke Open Office kami. Semoga ukhwah di kalangan kita akan berterusan dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah.


Sedikit ulasan sekitar program semalam. Taklimat untuk jemaah haji yang akan berangkat bersama 3i telah bermula sekitar jam 3.45petang. dikendalikan oleh Prof.Madya Dr. Wan Maseri serta Ustazah Wahidah. Kemudian berhenti untuk solat asar dan minum petang pada jam 4.45 petang. Seterusnya disambung lagi taklimat sehingga waktu maghrib. Kemudian di adakah solat hajat dan tahlil yang dikendalikan oleh salah seorang mutawif 3i iaitu Ustaz Azhar Mohamed. Selepas selesai tahlil, solat isya’ berjemaah kemudian tetamu dijemput menjamu selera. Kemudian pada Jam 9.40 malam dimulakan kelas penghayatan Asmaul Husna oleh Prof Madya Dr.Wan Maseri. Alhamdulillah, ramai juga yang mendengarnya. Semoga ilmu yang diperolehi boleh dimanfaatkan dan disebarkan.


2 khemah yang dipasang di kawasan parkir kereta yang dipisahkan bahagian muslimin dan muslimat member keselesaan kepada para tetamu untuk makan dan berbual. Setiap tetamu yang hadir diberikan cenderamata berupa beg kertas yang di dalamnya mengandungi pamphlet dan tawaran pakej daripada 3i Travel dan 3i Training.


Walaupun ada lebihan makanan, kami membahagikan sedikit setiap orang untuk dibawa balik. Alhamdulillah sekitar jam 12 malam, semuanya siap dikemas. Terima Kasih kepada mereka yang sanggup bantu mengemas sehingga siap. Semoga Allah menilai usaha kita itu.


Insya Allah, tahun depan akan diadakan lagi majlis seperti ini. Terima Kasih

1 comment: