Sunday, March 14, 2010

Penantian bakal tamat


Sedikit pengumuman, 1st trip Jemaah umrah tarbawi dibawah pengurusan 3i Travel & services akan berangkat mengerjakan umrah pada 20 Mac ini pada jam 1.10petang. Di harap para jemaah semua sudah melakukan persiapan yang secukupnya dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah dalam setiap ibadah yang akan dilakukan kelak

Berdoalah dari sini supaya dipermudahkan segala amalan yang dituntut dan supaya kita dapat menyempurnakan ibadah umrah ini dengan baik. Selain itu, hendaklah kita menjaga akhlaq dan adab kita di Tanah Haram dan adab sesama saudara jemaah umrah yang lain. Semoga kita akan dilimpahi rahmatNya.

Intro Seminar 'Kita Boleh'..3i Training & Consultancy



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakannya. Apakah perasaan anda hari ini?apakah mood anda hari ini? Mood cuti?mood rehat?mood bersama family? Ya, itulah perasaan kita setiap kali hari ahad. Ada juga mood berprogram dan bersantai bersama rakan-rakan. Apapun mood anda, pastikan ia sentiasa berlandaskan redha Allah. Itulah hakikat kita sebagai hamba yang lemah.

InsyaAllah Three I Training and Consultancy akan mengadakan satu program motivasi terbuka, akan dijalankan pada bulan april ini. Panel-panel yang hebat akan memberikan pengisian dan perkongsian yang menarik dan membuka mata kita semua. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian. Jika anda berminat, persiapkan mental, emosi dan fizikal anda untuk mengubah diri anda menjadi seorang hamba yang hebat di sisi Allah dan dipandang mulia di kalangan manusia.

Sebarang cadangan, komen dan kritikan membina di alu-alukan…

Thursday, March 4, 2010

Promosi 3i Travel & Services

Assalamualaikum w.b.r

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung setia Blog 3i.

suka saya memaklumkan kepada rakan pembaca sekalian bahawa rakan-rakan tidak perlu
berbelanja lebih untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah serta lawatan-lawatan ke seluruh dunia kerana 3i Travel & Services menawarkan pakej yang menarik serta berpatutan dengan bajet anda.

Kami dalam usaha untuk menyiapkan satu pakej menarik lawatan sambil belajar untuk semua peringkat umur sama ada sekolah rendah, menengah, mahupun pelajar-pelajar IPTA.

3i Travel juga mengalu-alukan jika ada peluang kerjasama yang ingin anda tawarkan untuk sama-sama mencapai objektif supaya setiap apa yang kita laksanakan bersama ada manfaatnya. Kami di 3i Travel mensasarkan setiap lawatan yang akan dijalankan akan diisi dengan pengisian Rohani dan spiritual di samping mendapat ilmu daripada tempat lawatan tersebut.

Segala yang baik itu daripada Allah dan sesungguhnya Allah lah penentu segala selepas apa yang kita rancang. Semoga kalian semua sentiasa diberkati dan diredhai Allah.

Terima kasih

Tuesday, March 2, 2010

PASCA KURSUS UMRAH

Assalamualaikum w.b.r

Alhamdulilah, 3i Travel & Services telah berjaya mengadakan kursus umrah bertempat di pejabat 3i Group, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang jemaah umrah daripada serata tempat ini telah dimulakan pada jam 9.40 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari.

Para jemaah diberikan penerangan tentang jadual penerbangan, barang-barang yang perlu dibawa serta beberapa perkara terperinci tentang perlaksanaan ibadah umrah dan ziarah. Ustaz Rosli bin Jabar telah hadir memberikan penerangan yang cukup jelas diselitkan dengan jenaka spontannya.

Beliau menggunakan model kaabah yang disediakan oleh 3i Travel bagi membantu para jemaah untuk memahami dengan lebih jelas. Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah. Taklimat disambung pula oleh Ustazah Wan Samsiah berhubung dengan pengurusan jemaah dan program-program yang akan dijalankan di sana kelak.

Setelah selesai taklimat, jemaah dijamu dengan kuey tiaw goreng yang ditaja oleh Anjung Hijau Cafe dan kuih yang dibawa khas daripada Port Dickson oleh Hajah Ramlah dan Haji Ramli.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan program ini.