Monday, April 23, 2012

KURSUS UMRAH TARBAWI SIRI MEI 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukrulillah.. Segalanya dari Allah dan kepadanyalah tempat dikembalikan. Sukacitanya dimaklumkan Trip Umrah Tarbawi MEI 2012 akan bermula 22Mei hingga 1Jun ini. Alhamdulillah proses persediaan semuanya berjalan dengan lancar. Setakat ini seramai 55 orang telah mendaftar sebagai jemaah umrah.

Untuk makluman semua kursus umrah akan diadakan pada 12 Mei 2012 ini bersamaan hari sabtu. Bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Penerangan tentang ibadah umrah akan diberikan oleh pengurus dan mutawif 3i Marhalah Travel Sdn. Bhd. Bertempat di Surau Al-Amin, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Semua jemaah umrah yang akan menyertai Umrah bulan Mei ini dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini. 

Semoga proses ke arah mencari cinta Ilahi ini sentiasa berjalan lancar dengan IzinNya InsyaALLAH.


Tuesday, April 10, 2012

Trip Ke Padang- Siri Mei 2012

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmat Allah THREE I MARHALAH TRAVEL SDN.BHD. Sukacitanya memaklumkan bahawa pakej terdekat kami.

LAWATAN TARBAWI KE BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA.

TARIKH: 4 - 7 MEI 2012

RM 950



Pakej Termasuk:
Tiket Penerbangan pergi dan balik (Air Asia)
Penginapan yang selesa
Makanan yang menyelerakan
Pengangkutan di Indonesia
Pemandu pelancong yang mesra
Pengisian menarik. Bermusafir sambil mengenal Allah..

Jika berminat, boleh lah menghubungi:
Hj.Mohamed bin Saharudin: 016-2953756
Ust Abd Latiff: 013-2007856
Afifah: 013-2965723

Tuesday, April 3, 2012

LAWATAN KE PADANG

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah Al-Wahhab yang tidak pernah putus-putus memberikan nikmatnya.

Three I Marhalah Travel sdn. bhd. dengan sukacitanya menawarkan pakej lawatan ke PADANG, INDONESIA pada 6 JUN - 9 JUN 2012.

Harga pakej ialah sebanyak RM 950 sahaja. Para peserta akan mengenali seni kehidupan dan kebudayaan masyarakat minangkabau yang sangat unik dan berbeza. Sepanjang perjalanan peserta akan dibawa merentasi pemandangan yang menyejukkan mata dan cantik.
Selain itu, peserta juga akan berpengalaman merasai pelbagai jenis makanan tradisional yang unik dan enak.

Antara tempat lawatan menarik ialah :
Museum Adityawarman
Pantai Padang
Jembatan Siti Nurbaya
Mesjid Raya Padang
Air Terjun Lembah Anai
Perkampungan Minang Kabau
Pusat Kerajinan Tenun Pandai Sikek
Batu Sangkar
Bukit Tinggi
Danau Maninjau
Pantai Padang Pariaman

Sertailah kami dengan mendaftar segera. TEMPAT TERHAD!!! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk sama-sama menerokai bumi INDONESIA yang penuh keunikan ini sambil kita mengenal dan memuji Allah Yang Maha Pencipta. Allah Al-Khaliq.