Wednesday, June 23, 2010

Bola vs Judi(4)


2.0 Punca Berlakunya Judi


Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana:


1) lemahnya iman

Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal saleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)


Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.


2) Kurang jati diri

3) Kecetekan akal fikiran

4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.



3.0 Akibat Judi


Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:


1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.


2) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.


3) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini.


4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.


5) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.


Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.


6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'

No comments:

Post a Comment