Sunday, February 20, 2011

Taklimat Umrah 3i Travel

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi sesi taklimat ibadah umrah daripada 3i Travel di Surau Al-Amin sepanjang pagi sehingga zuhur tadi. Program yang bermula sekitar jam 9.30 pagi berakhir sebelum zuhur sekitar jam 1 tengahari.

Para hadirin di jamu dengan makanan tengahari selepas taklimat.

Alhamdulillah, semoga para jemaah jelas dan faham dengan konsep yang diterangkan oleh speaker daripada 3i tadi iaitu PM Dr. Wan Maseri, Ustaz Azhar Mohamed dan Ustazah Wan Samsiah yang penerangan mereka saling lengkap melengkapi. InsyaAllah kursus umrah seterusnya akan di adakan pada 5 MAC 2011 di tempat yang sama selepas Isya'.

Pihak 3i Travel amat mengharapkan kehadiran semua jemaah umrah agar kita lebih kenal mengenal antara satu sama lain dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pelaksanaan ibadah tersebut. Walaupun ada segelintir jemaah sudah berkali-kali menunaikan umrah, namun ikatan silaturrahim perlu kita bina dahulu sebelum kita sama-sama berjuang di Haramain.

Terdapat juga jemaah haji menyertai taklimat ini yang ingin menunaikan haji pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Mohon maaf di atas segala kelemahan diperingkat pengurusan dan pendaftaran ketika taklimah tadi. Kami masih baru dalam menguruskan syarikat 3i Travel ini. Komen dan cadangan penambahbaikan adalah di alu-alukan untuk kebaikan bersama InsyaAllah..

Terima kasih buat semua hadirin yang sudi datang tadi. Ada yang datang dari Kedah, dari Johor, dari Kuala Selangor dan kebanyakan mereka bukan orang-orang yang dekat-dekat, namun sanggup memberi ruang masa untuk hadir. Moga Allah membalasnya...


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor-nombor yang tertera di bar sebelah kanan blog ini. Kami sedia membantu ada sedaya upaya. InsyaAllah, moga Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kita menunaikan ibadah umrah ini...ameeen....











1 comment:

  1. Tahniah atas kejayaan menguruskan taklimat. Semoga Allah mudahkan urusan Umrah Tarbawi kali ini.

    ReplyDelete