Tuesday, February 1, 2011

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberikan pelbagai nikmat kehidupan kepada kita semua. Alhamdulillah, cuti sekolah sempena raya cina , telah pun bermula. Para pelajar SMTT3i telah pun mula bercuti dan telah kembali ke rumah masing-masing. Kami mengharapkan para pelajar dapat memanfaatkan cuti mereka sebaik mungkin dan selesaikan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan.

InsyaAllah selepas cuti ini beberapa orang pelajar baru akan masuk lagi ke SMTT3i, kami mengharapkan mereka dapat menyesuaikan diri secepat mungkin di sini. Sekolah akan bermula semula pada 7 hb ini, dan para pelajar dikehendaki sampai di asrama sebelum jam 6pm pada 6hb ini.

No comments:

Post a Comment