Wednesday, October 26, 2011

TAKLIMAT, SOLAT HAJAT UNTUK JEMAAH HAJI 2011


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana telah banyak mengurniakan nikmatNya yang tidak pernah putus ke atas kita semua. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan tidak sombong.

Alhamdulillah, baru-baru ini 3i Marhalah Travel Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis solat hajat serta taklimat kepada bakal-bakal jemaah haji untuk musim haji 1432H.
Program bermula sekitar jam 9 pagi dengan kehadiran para tetamu, diikuti ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.

Seterusnya penerangan ringkas tentang ibadah haji oleh Ustaz Haji Azhar bin Mohamed selaku mutawif dan kemudian taklimat berkaitan program haji oleh penyelaras haji Ustazah Wan Samsiah.

Program diteruskan dengan sedikit kuliah ilmu oleh Prof Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd yang berbicara tentang Asmaul Husna.

Kemudian sesi solat hajat beramai-ramai yang diimami oleh Ustaz Haji Azhar bin Mohamed,semua yang hadir mengikuti sesi solat hajat tersebut dengan harapan agar semua urusan haji dipermudahkan Allah.

Akhirnya, semua tetamu yang hadir di jamu dengan juadah yang disediakan. Tidak kurang juga makanan dan kuih muih yang dibawa oleh para tetamu. Semuanya nampak menarik.

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan bantuan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada majlis tersebut. InsyaAllah kita akan bekerjasama lagi untuk program-program akan datang. Di bawah ini adalah gambar sekitar program berlangsung.

Kuliah ilmu Asmaul Husna Oleh Prof Madya Dr. Wan Maseri Bt Wan Mohd



Sesi solat hajat

Taklimat penyelarasan Haji 2011 oleh Ustazah Wan Samsiah

No comments:

Post a Comment