Sunday, November 14, 2010

Khabar dari nuuun...

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat  Allah swt atas segala kurniaanNya yang tidak terhitung. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah SAW yang tercinta. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam golongan yang diredhai Allah InsyaAllah.

Sila klik tajuk untuk paparan penuh, Terima kasih.



Alhamdulillah, saya diberitakan bahawa jemaah haji 3i Travel yang kini berada di Tanah Suci Mekah semuanya dalam keadaan baik. Cumanya, bumi Mekah sekarang agak panas dan ada di kalangan jemaah haji yang kurang sihat diserang batuk dan demam disebabkan perubahan cuaca. Tapi, InsyaAllah itu semua tidak akan membantutkan niat suci mereka untuk terus beribadah kepada Allah.

Subhanallah, ramainya orang tak payah ceritalah, kita semua sudah mampu membayangkannya. Namun, Allah itu Maha berkuasa dan berkehendak untuk melakukan sesuatu. Mohonlah bantuan Allah agar dipermudahkan segala amal ibadah kita sepanjang masa di sana. Jemaah haji 3i akan berada di Madinah sebelum pulang ke Malaysia. Oleh sebab itu, mereka akan berangkat pulang melalui lapangan terbang Madinah dan bukannya Jeddah seperti mana mereka tiba di sana pada tempoh hari.

Apapun, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana. Semoga mereka selamat menjalankan ibadah haji dan akan diterima di sisi  Allah. ameeen....

Jadi, giliran anda bila lagi?Ayuh berusaha untuk menyahut seruan Allah dan menjadi tetamuNya.Semoga Allah permudahkan segala urusan kita duniawi dan ukhrawi.

No comments:

Post a Comment