Wednesday, December 22, 2010

Kepulangan....

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi sedikit sebanyak perkara-perkara terkini yang berlaku dalam 3i Group.

Alhamdulillah, pada 19 Disember lalu iaitu pada hari ahad, jemaah haji 3i telah selamat menapak kembali ke tanah air. Penerbangan terus dari Madinah tiba di KLIA lebih kurang jam 2.40 minit petang. Semuanya kelihatan gembira dan terharu sehingga mengalirkan airmata ketika bersalaman dengan ahli keluarga dan sahabat yang ditinggalkan.

Terdapat 5 orang jemaah dari pantai timur yang telah kami belikan tiket penerbangannya pulang ke tempat masing-masing. Seorang akan pulang ke Kuala Terengganu dan 4 orang ke Kuantan. Setelah menghantar semua jemaah yang sekitar Kuala Lumpur & Selangor pulang, saya perlu menunggu untuk membantu jemaah yang tinggal untuk Check in. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang, bersedia untuk mendengar pelbagai kisah yang bakal dikongsi. Gembira melihat mereka gembira.

No comments:

Post a Comment