Thursday, January 24, 2013

UMRAH TARBAWI ZIARAH BAITUL MAQDIS

Assalamualaikum wbr

Semoga kita semua dalam rahmat Allah hendaknya. Sekali lagi Three I Marhalah dengan sukacitanya menawarkan anda pakej umrah ke-2 untuk bulan APRIL 2013 ini. Tarikhnya ialah pada 4 April - 19 April 2013.

Pakej umrah kali ini anda akan dibawa menziarahi BaitulMaqdis di Palestin yang terletaknya masjid yang penuh barokah yang disebut di dalam Al-Quran, iaitu Masjidil Aqsa. Lawatan ke tempat yang penuh bersejarah ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dilengkapi dengan hotel & makan serta pemandu pelancong yang akan memberikan info yang lengkap sepanjang perjalanan di sana. 

Harga pakej yang menarik ini ialah RM 7300 sahaja. Dengan menaiki penerbangan Royal Jordan yang selesa anda akan di bawa menziarahi ibu negara Jordan, Amman ketika transit di sana. 

Selain itu, pakej yang ditawarkan pihak syarikat kami sama seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Para peserta umrah akan diberikan taklimat dan bimbingan awal sebelum berangkat ke Tanah Suci pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini penting bagi mereka yang baru pertama kali mengikuti rombongan ibadah umrah ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lah menghubungi: 
Hj. Mohamed- 016-2953756 / 019-9476844


No comments:

Post a Comment