Thursday, February 18, 2010

Pengenalan 3i Group..

Assalamualaikum w.b.r.

Selamat datang ke blog 3i Group. Post kali ini adalah untuk memberi pengenalan kepada para pembaca tentang 3i Group. Ikuti beberapa siri akan datang juga.

Di bawah 3i Group terdapat beberapa syarikat yang bergabung, iaitu:

3i Training & Consultancy

3i Travel & Services

3i Publishing

Husna Hijau Enterprise

Setiap syarikat ini memainkan peranan masing-masing mengikut bidang tugas dan kerja sepertimana yang tertera di dalam sijil pendaftaran syarikat yang telah dikeluarkan oleh SSM.

Suka saya memperkenalkan satu persatu syarikat yang bernaung di bawah 3i Group ini.



3i Training & Consultancy

Telah ditubuhkan pada November 2008 dengan tujuan menawarkan kursus-kursus motivasi, membekalkan tenaga pengajar dan pencerama serta mengadakan pelbagai program yang mendidik serta melahirkan modal insan selari dengan kehendak ISLAM.

Syarikat ini juga bersedia menawarkan pengajian dan kelas-kelas agama. Bertempat di Cheras, Syarikat ini kini giat mengadakan kelas Asmaul Husna pada jumaat malam sabtu selepas maghrib, jadualnya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas ini, boleh menghubungi afifah= 013-2965723.

Selain itu, syarikat ini juga sedang mengemaskini modul untuk program-program jatidiri yang ditawarkan kepada pelbagai peringkat samada, sekolah rendah dan menengah, universiti dan syarikat-syarikat yang berminat.

Ikuti siri berikutnya untuk mengetahui tentang latar belakang syarikat-syarikat lain. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment