Friday, April 8, 2011

Umrah Tarbawi MAC 2011- Terima Kasih Semua

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, setinggi2 syukur kepada Rabbul 'alamin yang telah menghamparkan kasih sayang dan nikmatnya yang tidak bertepi. Mengharungi perjalanan mencari cinta hakiki selama 2 minggu bersama para jemaah yang mempunyai tujuan yang sama hendaknya memberikan pelbagai pengalaman baru bagi 3i Travel.

Umrah Tarbawi MAC 2011 telah bermula pada 16 Mac dan berakhir pada 30 Mac. Dengan menaiki penerbangan Pakistan International Airlines, seramai 54 orang jemaah telah diterbangkan ke Jeddah dan transit 1 malam di Lahore. Setiap hari para jemaah semakin mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah.

Di Madinah selama 2 hari 2 malam dan di mekah selama 9 malam. Penginapan yang dianugerahkan Allah sungguh lah yang terbaik. Alhamdulillah, di Madinah penginapan yang diberikan ialah Andalus Plaza yang jaraknya tidak sampai 100m dengan Masjid Nabawi manakala di Mekah pula ialah Al-Misfalah Palace yang jaraknya lebihkuran 150m daripada Masjidil Haram. Alhamdulillah.

Para jemaah banyak memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang perjalanan terutamanya ketika urusan di lapangan terbang. Terima kasih buat semua.

Secara keseluruhannya, semua program berjalan lancar walaupun ramai di kalangan jemaah 3i yang kurang sihat ketika di Mekah, namun setiap orang itu mendapat ujian yang berbeza, mengikut kemampuan masing2. Itulah cara Allah mentarbiyah hamba-hamba yang dipilih menjadi tetamu di rumahNya. Semoga setiap pengalaman yang para jemaah perolehi di Haramain sepanjang perjalanan ibadah ini menjadikan pandangan kita terhadap apa yang berlaku seharian berbeza dengan sebelum kita mengerjakan umrah.

Kami pihak 3i Travel amat menghargai segala kerjasama yang kalian berikan. Sama ada jemaah atau bukan, bantuan dan sumbangan tenaga sebelum Umrah Tarbawi berjalan, semasa berjalan dan selepas kembali ke tanah air, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Teguran, nasihat dan pandangan amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami untuk pakej akan datang. Gambar peserta umrah Tarbawi MAC 2011 akan saya upload nanti.

No comments:

Post a Comment