Wednesday, April 21, 2010

Jamuan kesyukuran Umrah Tarbawi 1

Alhamdulillah...
Segala syukur dan tahmid untuk Allah Ya Malik, yang memiliki segalanya.

Suka di sini saya mengumumkan aktiviti terdekat yang baru di rancang oleh 3i Group.
Pada sabtu ini kami akan mengadakan jamuan kesyukuran dan Tahlil arwah untuk salah seorang jemaah umrah tarbawi baru-baru ini, iaitu En.Abdul Rani.

Jadi pada jam 9 pagi kami akan menunggu kehadiran jemaah umrah tarbawi siri 1. Semua telah dimaklumkan, tinggal aje mereka dapat datang atau tak. Ada yang respon tak dapat hadir juga, jadi tak mengapalah..mana yang dapat hadir, kami alu-alukan.

InsyaAllah pada 24 April ini kami akan bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan daripada pihak penganjur iaitu 3i Travel & Services, kemudian ucapan daripada para jemaah yang telah bersama-sama mengerjakan ibadah selama lebih kurang 16hari. Sedikit muhasabah bersama dan seterusnya kami akan menyampai sijil penyertaan kepada mereka. Selepas penyampaian sijil semua dijamu dengan juadah yang disediakan.

Para jemaah juga dialu-alukan membawa juadah-juadah tambahan, sebab ramai di kalangan jemaah kami yang pandai memasak..Alhamdulillah.

InsyaALLAH juga pada hari kejadian kami akan sediakan gambar-gambar sepanjang pengembaraan bersama.

Semoga kenangan kami semua di sana menjadi salah satu ukiran kehidupan yang diredhai Allah. Terima kasih buat semua jemaah yang disayangi. InsyaAllah kita akan berjumpa pada sabtu ini.
Dialu-alukan untuk membawa keluarga

No comments:

Post a Comment