Wednesday, April 28, 2010

Reunion umrah tarbawi 1 2010

Alhamdulillah..Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menikmati pemandangan yang indah serta masih dikurniakan nikmat IMAN & ISLAM yang terbesar dalam hidup kita ini. Peluang ini perlulah kita gunakannya semaksimum mungkin, takut-takut ini adalah hari terakhir kita, maka berzikirlah sebanyak mungkin..

Di sini suka saya berkongsi beberapa perkembangan terkini aktiviti kami. Seperti entry di bawah, kami telah mengadakan reunion jemaah umrah tarbawi pada 24 April lalu di Pejabat 3i. Bermula jam 9 pagi sudah mula para jemaah datang dengan membawa juadah yang pelbagai. Masing-masing berseri-seri muka apabila berjumpa dengan rakan-rakan satu jemaah yang bermusafir selama lebih kurang 16 hari.

Alhamdulillah, setelah ramai yang hadir, kami memulakan Majlis pada jam 9.55 pagi dengan bacaan Yaasin yang disedeqahkan kepada salah seorang jemaah kami yang baru meninggal pada 13 April lepas..En.Abdul Rani Samullah. Family dia semua hadir untuk sama-sama membacakan yaasin untuk arwah beliau.

So, selepas baca yaasin, ucapan alu-aluan daripada Big Boss dan seterusnya kami memberi peluang kepada mana-mana jemaah umrah untuk berkongsi cerita, berkongsi rasa dan perasaan semasa di Tanah Suci dan sekembalinya dari Tanah Suci. Ada 4 orang wakil dari jemaah muslimin dan3 orang wakil dari jemaah muslimat. Pelbagai gelagat mereka menyampaikan rasa hati mereka, ada yang gembira, terharu, sebak, sedih dan bersyukur. Alhamdulillah, semuanya puas hati dan menerima seadanya semua yang berlaku di sana.

Selepas sesi perkongsian dan muhasabah, kami menyerahkan siijil penyertaan kepada setiap jemaah yang hadir, dan wakil kepada yang tidak hadir. Kami juga menyerahkan sijil pengesahan Aqiqah kepada mereka yang mengaqiqahkan anak-anak mereka di Tanah Suci semasa kami ke sana.

Selepas penyerahan sijil, kami membaca doa selamat dan seterusnya menjemput semua menikmati juadah yang dibawa oleh semua. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar semasa program berjalan.

Ketika majlis baru bermula



Ramai ahli keluarga jemaah yang hadir


Sesi perkongsian daripada jemaah muslimat- Mak cik Ana daripada Port Dickson


Sesi Perkongsian daripada orang jauh, Mak Cik Mayuni- daripada Kuantan

Penyerahan sijil kepada peserta jemaah umrah - Tuan Hj. Ramli


Pak Cik Fauzie dari Kuantan, salah seorang yang menceriakan suasana majlis..

Encik Anas Mukhsin dari Klang, "Semua doa saya di depan Baitullah saya rasa termakbul bila kembali ke Malaysia"

Encik Mokhtar dari Pantai Dalam, KL.

Anak sulung Arwah En.Rani mewakili utk mengambil sijil ayahnya..

Mak cik Hajar dari Klang antara yang memberi sepenuh komitmen dengan program pengisian 3i Travel

Mak Cik Maryam..isteri Allahyarham En.Rani

Mak Cik Rumiyati dari Ijok Selangor, datang bersama ikan patin masak tempoyaknya yang menjadi rebutan orang ramai...hehe

Antara juadah kami pada majlis tersebut...

Pihak 3i Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir serta memberi sepenuh sokongan kepada kami..Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah...Ameeen...

No comments:

Post a Comment