Sunday, April 18, 2010

Kelas penghayatan Asmaul Husna


Assalamualaikum w.b.r

Terima kasih kerana sudi singgah di blog 3i...

Alhamdulillah..baru-baru ini telah di adakan Kelas Penghayatan Asmaul Husna yang dibawa oleh Prof Madya Dr. Wan Maseri. Seperti biasa, kelas bermula lebih kurang jam 9 malam selepas solat Isya' di pejabat 3i.

Oleh kerana terdapat ramai yang baru pertama kali hadir ke Kelas ini, Penceramah memulakan kelas dengan membuat sedikit penekanan terhadap tajuk2 yang mula supaya mereka yang baru mudah memahami silibus seterusnya.

Seramai lebih kurang 20 orang yang hadir ke kelas pada Jumaat lalu (16 April)...
antara nama-nama Allah yang telah dikupas dalam kelas kali ini ialah Ar-Rahman, Ar-Rahim, As-Salaam, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Muhaimin dan Al-Malik, kelas di akhiri dengan doa bicara hati oleh penceramah.

Kelas penghayatan Asmaul Husna seterusnya ialah pada jumaat ini jam 9 malam InsyaAllah
23 APRIL 2010. Semua dijemput hadir..

Di bawah ini adalah beberapa gambar semasa kelas di jalankan..Terima kasih kepada yang hadir..=)





No comments:

Post a Comment